saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 15/03/2009

Pasar raya terbakar, tujuh maut


API marak kelihatan di tingkat atas bangunan setinggi 21-tingkat yang turut menempatkan pusat membeli belah terbesar di Dhaka, yang terbakar, kelmarin. – AFP


DHAKA, 14 Mac – Tujuh orang mati, termasuk seorang anggota bomba, manakala lebih 40 orang cedera dalam kebakaran besar di tingkat enam bangunan perumahan tertinggi di Bangladesh, yang turut menempatkan kompleks membeli belah terbesar di sini.

Api kelihatan menjulang tinggi keluar dari tingkat 17 bangunan setinggi 21 tingkat itu pada kira-kira pukul 1.30 petang semalam, kata jurucakap polis, Mohammad Raseduzzaman.

“Tujuh orang mati dan ramai yang cedera, tetapi kami belum dapat mengenal pasti jumlah sebenar mereka yang cedera,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba mengambil masa lebih 10 jam untuk memadam kebakaran.

Kebakaran itu telah memusnahkan bahagian kompleks Bashundhara City itu dari tingkat 16 hingga tingkat 21.

Kompleks Bashundhara City dibuka pada tahun 2004 dan merupakan pusat membeli belah moden pertama di Bangladesh.

Di KAMPALA, Uganda, lapan mayat berjaya dibawa keluar daripada runtuhan bangunan di ibu negara Uganda ini hari ini dan angka kematian dalam tragedi itu dijangka meningkat.

Pasukan penyelamat masih berusaha mencari mangsa yang terselamat, selepas bangunan dua tingkat di Kampala runtuh, semalam ketika 50 orang berada di dalamnya.

Jurucakap polis, Judith Nabakooba berkata, setakat ini 18 orang berjaya diselamatkan dan sedang diberi rawatan, kebanya kan mereka cedera parah.

– Agensi

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.