saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 15/03/2009

Tiada projek ‘mi segera’

TAIPING 14 Mac – Pendekatan projek pembangunan ‘mi segera’ setiap kali menjelang pilihan raya tidak akan diamalkan kerana usaha membantu rakyat miskin merupakan tugas berterusan dan melibatkan pembangunan bersepadu dalam jangka panjang.

Justeru, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus memberi kepercayaan penuh kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah supaya perubahan besar dan lebih menyeluruh dapat dirasai penduduk khususnya di Parlimen Bukit Gantang.

‘‘Sekarang bukan masanya lagi untuk kelulusan projek ‘mi segera’. Bila pilihan raya saja rakyat nampak jentera masuk kampung, projek turap jalan dan membersih kawasan.

‘‘Percayalah kalau hendak perubahan, sokongan harus diberi kepada BN dan kita akan tetap membawa perubahan besar kepada rakyat termasuk kawasan Parlimen Bukit Gantang ini.

‘‘Sudah semestinya kerajaan BN akan memberi perhatian berdasarkan mandat yang diberi oleh pengundi.

“Menteri Besar (Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir) telah minta pelbagai projek pembangunan dan rakyat mesti tunjuk sokongan kepada BN terlebih dahulu,” katanya semasa berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Taman Kota Jaya di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan, Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan BN Perak mengumumkan bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Bukit Gantang, Ismail Safian sebagai calon BN pada pilihan raya kecil Parlimen itu pada 7 April ini.

Hadir sama ialah Zambry, dua Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib serta Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin.

Menurut Najib, pendekatan itu tidak bermakna BN akan menyekat terus pembangunan segera yang diperlukan di Bukit Gantang kerana projek melibatkan keselesaan dan kebajikan rakyat akan tetap dipertimbangkan.

Kata beliau, program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN adalah berkonsepkan ‘Satu Malaysia’ iaitu pembangunan untuk semua rakyat tanpa mengira kaum.

Katanya, pendekatan melaksanakan projek pembangunan melalui konsep itu akan diterapkan termasuk dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial supaya setiap rakyat dapat merasai nikmat pembangunan yang dilakukan.

‘‘Buktinya, pakej rangsangan ekonomi melalui bajet mini baru-baru ini adalah atas keprihatinan kerajaan terhadap kesusahan rakyat,’’ jelasnya.

Sementara itu, Najib berkata, pergolakan politik di Perak baru-baru ini seharusnya tidak berlaku jika pakatan pembangkang menerima kenyataan dan mematuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak.

Kata beliau, mereka sepatutnya mematuhi titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memberi perkenan ke atas pembentukan kerajaan negeri oleh BN serta melantik Zambry sebagai Menteri Besar serta enam Exconya.

‘‘Pendekatan sama dilakukan sultan sewaktu pakatan pembangkang membentuk kerajaan negeri dahulu. Walaupun mereka tidak berdaftar dan bergabung selepas pilihan raya, tuanku tetap berkenan melantik Menteri Besar dan barisan Exco kalangan mereka.

‘‘Jadi sekarang mereka perlu menghormati keputusan sama yang dibuat Sultan Perak setelah BN mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

‘‘Kerajaan negeri yang dibentuk BN sekarang adalah kerajaan yang sah dan tidak perlu diragui. Sultan Perak sudah memberi perkenan berdasarkan perlembagaan dan undang-undang yang ada,” katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.