saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 15/03/2009

Mokhtar Samad nafi terima surat penggantungan

KUALA LUMPUR 14 Mac – Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Mokhtar Samad menafikan beliau telah menerima surat penggantungan selama setahun daripada Lembaga Disiplin UMNO.

Bagaimanapun Mokhtar mengakui ada mendengar cakap-cakap yang mengatakan beliau akan dikenakan tindakan berkenaan.

“Sehingga hari ini saya belum terima surat tindakan (dari Lembaga Disiplin UMNO), cuma saya dengar orang kata saya kena gantung.

“Tindakan itu kerana mengedarkan kad meminta undi sewaktu pencalonan bahagian,” katanya yang dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Pada pemilihan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Oktober tahun lalu, Mokhtar menewaskan penyandang jawatan, Datuk Amir Salleh dengan kelebihan 27 undi.

Kemenangan beliau yang merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) mencatatkan sejarah tersendiri kerana ia merupakan percubaan keempatnya.

Dalam tiga pemilihan UMNO sebelum itu, Mokhtar tewas di tangan Amir dalam usahanya untuk mengambil alih tampuk kepimpinan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.