saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 15/03/2009

Wanita perlukan perubahan?

Siri jelajah memperkenalkan calon-calon yang bertanding dalam pemilihan pucuk pimpinan UMNO memang menduga kekuatan mental. Dalam konteks pertandingan jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, sudah beberapa kali penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz dan Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertentang mata sejak minggu lalu.

Selepas tiga hari bergerak dari satu negeri ke negeri lain, Shahrizat akhirnya meluangkan masa menceritakan kepada wartawan Mingguan Malaysia, AZMAN ANUAR kenapa menerima pencalonan dan apa yang hendak dilaksanakan untuk Wanita UMNO.

Manakala Rafidah pula bersua muka dengan wartawan Mingguan Malaysia, Noraini Abd. Razak dan MARHAINI KAMARUdDIN bagi memaparkan kenapa beliau ingin terus menerajui Wanita. Dalam pertemuan itu kedua-dua mereka turut memperkatakan mengenai soal perubahan yang menjadi salah satu topik dalam pemilihan kali ini.

Bagi Shahrizat, Wanita UMNO perlu perubahan bagi memastikan ia tidak ketinggalan terhadap apa yang berlaku dalam senario politik negara. Menurut beliau, dalam melakukan perubahan tersebut nasib 1.3 juta ahli Wanita perlu dibela. Rafidah pula berpendapat, soal perubahan sudah lama diperkatakan di dalam Wanita tetapi apabila ia terjadi tiada apa-apa yang berlaku. Apa yang pasti dalam wawancara ini, kedua-dua mereka bertekad untuk memastikan Wanita UMNO terus menjadi tulang belakang parti itu dan menyerahkan kepada perwakilan menentukan nasib mereka pada 25 Mac nanti.;

Mingguan Malaysia: Ada yang mengatakan ahli-ahli Wanita UMNO mahukan perubahan, untuk itu pucuk pimpinan pergerakan juga mesti berubah, apa pandangan Tan Sri?

RAFIDAH: Saya dengar perkataan perubahan sejak zaman dulu lagi. Semasa Datuk Siti Zaharah Sulaiman, ada yang cakap mengenai perubahan. Tetapi apabila dapat ketua baru tak tahu apa yang berubah. Sebenarnya objektifnya ialah perubahan. Ini saya tengok dalam setiap aspek termasuk pembangkang mahukan perubahan, semua nak berubah. Bagi saya sama ada berubah atau tidak berubah jawapannya ialah tunggu 25 Mac ini . Kadang-kadang orang yang bercakap tentang perubahan ini sendiri tidak mahu berubah. Parti bukan bergantung kepada seorang, parti bergantung kepada semua struktur hingga ke akar umbi.

Saya gembira sebab saya sanggup terus berkhidmat, dan saya lihat di akar umbi sikap ahli wanita adalah lain. Akar umbi wanita kita simple, mereka hendak kerajaan melalui UMNO dan Barisan Nasional (BN). Mereka tidak kisah cerita politik wang atau soal inginkan perubahan kerana mereka sudah komited.

Kita tahu kekuatan jentera wanita dan jika kita bergantung kepada akar umbi berjumlah 1.3 juta orang untuk menyokong kerajaan Insya-Allah kita akan terus berjaya. Tetapi yang banyak kerenah ialah orang yang diberi mandat untuk mengundi, mereka ini yang bercakap soal perubahan kerana objektif tertentu.

Saya nak katakan sebelum kita kata apa jugalah, jangan kita lari dari objektif bahawa kita dalam parti bukan hendak membuat sesuatu yang peribadi. Parti adalah untuk memastikan kita menang pilihan raya. Bagi saya Wanita UMNO itu ceritanya, kalau nak soal apa saya nak buat untuk Wanita, saya kata minta maaflah, Wanita UMNO bukan itu kerjanya.

Ada kalangan wanita UMNO yang menyebut soal perubahan kerana mereka kata sampai bila Wanita UMNO hendak jadi peraih undi?

RAFIDAH: Sampai kiamat. Selagi ada BN dan UMNO. Sanggup mereka persoalkan begitu, sanggup tengok UMNO kalah, Masya-Allah, adakah tidak sedar lagi kerana kita terlalu menumpukan benda-benda sampingan kita tidak mampu bekerja kuat sehingga kalah lima negeri. Apa gunanya kita bercakap hal wanita, jika kita kalah dalam pilihan raya. Apa gunanya, ada yang dah kalah di kawasan masing-masing berani bercakap pasal perubahan. Kawasan kecil itu pun tak dapat dijaga macam mana nak jaga negara, cuba fikir logik atau tidak apa yang saya cakap, saya cakap yang hakikat. Kemungkinan salah satu sebab kita kalah di lima negeri mungkin kerana wanita ketika itu merasakan apalah kita ini asyik kerja K10. Pada saya itulah kerja kita memenangkan pilihan raya, jangan nak cakap lain daripada itu.

Kalau hendak cakap pasal kerja membangunkan wanita, ada kementerian khas, di situ menterinya patut buat kerja bukan bagi naungan kepada wanita UMNO atau perwakilan sahaja. jangan. Jaga wanita berbilang kaum, jaga wanita BN, jaga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita dan sebagainya untuk menyokong kerajaan melalui program pembangunan kita. Itu sebab ada pengasingan tumpuan kepada wanita.

Perwakilan memegang undi untuk menentukan siapa ketua, jadi Tan Sri tak rasa cakap-cakap seperti itu menjejaskan pemilihan?

RAFIDAH: Tak apa. Saya menawarkan diri untuk berkhidmat dan kalau takdir Allah kata tak payahlah, berehatlah maka saya terima. Tapi kalau Tuhan kata kerana niat itu baik dan saya menang maka saya akan tumpukan seratus peratus pada kerja. Saya tak gementar, takut atau risau. Saya minta wanita fikir apa matlamat kita sebagai ahli parti. Adakah kita hanya menyanyi lagu kita atau kita hayati apa yang patut kita buat. Kita ahli politik, kita bukan ahli NGO dan matlamat kita ialah memenangkan parti dalam pilihan raya. Tak payah cakaplah, saya tak kisah apa orang lain nak cakap dia nak buat dengan UMNO. Bagi saya UMNO dan BN mesti menang dalam pilihan raya. PRU-13 kita mesti menang besar dan kita nak ambil balik negeri-negeri yang kita kalah. Itu matlamat kita, jangan lari daripada itu. Tak guna kita bercakap soal sampingan atau tidak berkaitan kerana nak menang parti, tetapi lupa Wanita UMNO tulang belakang UMNO untuk pastikan kita menang. Kalau kita bukan kerajaan apa gunanya.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.