saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/03/2009

Amaran tegas polis kepada penulis blog

KUALA LUMPUR 15 Mac - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penulis blog yang memberi komen berbaur fitnah dan tohmahan termasuk menghina institusi raja Melayu.

Musa memberitahu, polis sentiasa menjalankan pemantauan berterusan bagi mengenal pasti blog yang memaparkan komen sedemikian.

"Saya ingatkan, jangan jadikan laman blog sebagai pusat penyebaran fitnah. Penulis perlu sedar perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang dan agama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemakaian pangkat Deputi Komisioner kepada Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Salleh Mat Rasid di Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, di sini hari ini.

Musa mengulas isu pendakwaan ke atas enam individu kerana memberi komen menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Sesyen di empat buah negeri, kelmarin.

Dua penulis blog itu, Azrin Md. Zain, 33, dan Muslim Ahmad, 54, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini dan Nor Hisham Osman, 36, di Petaling Jaya, Selangor.

Tiga lagi pendakwaan ialah ke atas Rutinin Suhaimin, 35, di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah manakala Chan Hon Keong, 26, dan isterinya, Khoo Hui Shuang, 27, di Butterworth, Pulau Pinang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.