saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 16/03/2009

Gejala politik SI, SK dan airtime pemilihan UMNO

JUMAAT lalu, giliran UMNO Wilayah Persekutuan menjadi tuan rumah majlis memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan sempena Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung mulai 24 Mac ini. Memang meriah majlis yang dikendalikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Zulhasnan Rafique. Apatah lagi pada hari tersebut Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjadi tumpuan ramai menyaksikan beberapa pameran yang dianjurkan terutama Matta Fair 09.

Lebih istimewa, majlis itu berlangsung di Dewan Merdeka, dewan yang akan menyaksikan pemilihan itu berlangsung. Calon-calon yang diperkenalkan mendapat tepukan gemuruh. Khabarnya ada calon yang membawa kumpulan sorak bagi memastikan beliau mendapat tepukan yang lebih gemuruh apabila namanya diperkenalkan.

Begitulah meriahnya setiap kali majlis memperkenalkan calon yang akan berakhir di Johor.

Hari ini, tinggal seminggu sahaja lagi, para perwakilan UMNO akan membuat keputusan bagi memilih barisan baru yang bakal memimpin UMNO. Timbalan Presiden UMNO, Najib Tun Razak akan diisytiharkan secara rasmi sebagai Presiden UMNO sekali gus mencatatkan sejarah sebagai anak bekas Presiden (Allahyarham Tun Razak) yang akan meneruskan kesinambungan perjuangan bapanya dalam UMNO.

Najib akan menerima jawatan Presiden UMNO daripada Abdullah Ahmad Badawi. Tugas berat sedang menanti Najib. Sama seperti Allahyarham bapanya yang menerima jawatan itu daripada Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.