saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/03/2009

Madihah terima pelbagai tawaran biasiswa

KOTA BHARU 15 Mac - Hasrat pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal untuk menjadi ahli fizik bakal menjadi kenyataan selepas beberapa pihak tampil untuk menawarkan biasiswa kepadanya.

Katanya, dia telah dihubungi oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara), Petronas dan Bank Negara Malaysia berhubung pemberian biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.

''Saya bercita-cita menjadi ahli fizik. Oleh itu saya berharap dengan adanya tawaran biasiswa untuk melanjutkan pelajaran, cita-cita saya akan menjadi kenyataan.

''Saya amat berharap mereka dapat membantu saya melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah kerana di sana nanti saya boleh belajar bahasa Arab lebih mendalam,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nik Nur Madihah bagaimanapun menjelaskan belum ada sebarang keputusan dibuat kerana masih memilih tawaran terbaik dan memerlukan nasihat daripada guru-gurunya terlebih dahulu.

Sementara itu, ketika ditanya faktor utama yang mendorongnya mengambil 20 mata pelajaran sekali gus, Madihah menjelaskan, keputusan itu dibuat kerana yakin dengan keupayaan diri.

''Kenapa saya pilih (20 subjek)...saya nak cabar kebolehan diri sendiri dalam menuntut sebanyak mana cabang ilmu yang ada...memang minat belajar, fikir kalau ikhlas, semua benda boleh buat.

''Saya berniat nak beri sumbangan kecil dengan mendapat keputusan cemerlang terutama kepada ibu bapa dan guru-guru yang banyak membimbing saya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Ketika ditanya bagaimana persediaannya untuk menghadapi dunia luar, terutama selepas banyak kes pelajar cemerlang di sekolah namun gagal meneruskan kejayaan, Madihah berkata dia pernah terfikir mengenai perkara itu.

''Saya juga ada terdengar mengenai kegagalan individu tertentu yang pada mulanya cemerlang ketika alam persekolahan tetapi gagal selepas itu. Rasa takut juga kalau-kalau benda yang sama berlaku pada diri saya nanti.

''Tapi, saya tak mahu tertekan dengan semua itu. Saya akan jadikan kejayaan ini sebagai platform untuk berusaha menjadi lebih baik daripada sekarang,'' tegasnya.

Tambahnya, pegangan agama akan menjadi kekuatan utamanya untuk menghadapi semua dugaan pada masa depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.