saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 17/03/2009

Hamas, Fatah setuju pilihan raya 2010

KAHERAH 16 Mac – Kumpulan-kumpulan pejuang Palestin hari ini sebulat suara bahawa pilihan raya umum di Tebing Barat dan Gaza perlu diadakan pada Januari 2010, namun masih wujud perbezaan pendapat berhubung kerajaan perpaduan termasuk pendirian terhadap perjanjian damai sebelum ini dengan Israel.

Perunding dari pihak Mesir menegaskan kepada Hamas dan Fatah supaya persetujuan perlu dicapai menjelang esok, kata Azzam Al-Ahmed, seorang pegawai Fatah. Mesir sebelum ini meletakkan semalam sebagai tarikh akhir.

“Saudara kami di Mesir menggunakan tarikh akhir sebagai cara memberi tekanan kepada kami untuk mencapai kata sepakat. Ia adalah tekanan yang positif,” katanya berhubung perubahan tarikh akhir tersebut.

Rundingan yang diadakan bertujuan membentuk kerajaan peralihan dan melakukan persediaan mengadakan pilihan raya perundangan dan Presiden. Sebuah kerajaan perpaduan akan membolehkan dana bantuan disalurkan kepada Genting Gaza selepas pencerobohan terbaru Israel di sana pada penghujung tahun lalu sehingga awal tahun ini.

Awal bulan ini, negara penderma menyatakan hasrat menyumbang AS$5 bilion (RM18.44 bilion) sebagai bantuan kepada penduduk Palestin termasuk pembinaan semula Gaza, namun menegaskan yang ia tidak akan disalurkan langsung kepada Hamas.

Hamas telah menguasai Gaza secara kekerasan pada Jun 2007 dan menyebabkan Fatah yang dipimpin Presiden Mahmoud Abbas hanya mentadbir Tebing Barat.

Beliau dipilih sebagai Presiden pada Januari 2005 untuk penggal empat tahun dan pilihan raya perundangan dijadualkan pada Januari 2010. Rundingan semalam bersetuju untuk mengadakan pilihan raya Parlimen dan Presiden pada 25 Januari 2010, kata Azzam lagi.

Bagaimanapun tambahnya, perjanjian mengenai pilihan raya hanya akan berjalan sekiranya isu lain berjaya diselesaikan seperti sistem pengundian yang menjadi pertikaian antara Hamas dan Fatah.

Perbezaan pendapat yang ketara adalah program politik kerajaan peralihan kerana Fatah menyatakan bahawa mereka yang menyertai kerajaan perlu memberi komitmen kepada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang telah menandatangani perjanjian mengiktiraf Israel pada 1993. – AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.