saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 17/03/2009

'Hubungan saya, Sujatha hanya sebagai majikan-pekerja'

KUALA LUMPUR 16 Mac - Mahkamah Koroner diberitahu hari ini bahawa hubungan Pengarah Urusan Maika Holdings Berhad, S. Vell Paari dengan pelakon Tamil tempatan, mendiang K. Sujatha hanya sebagai majikan dan pekerja.

Perkara itu dijelaskan oleh Vell Paari ketika memberi keterangan pada prosiding inkues untuk menentukan punca kematian Sujatha pada 25 Jun 2007.

Vell Paari yang menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Geethan Ram Vincent berkata, Sujatha telah berkhidmat di syarikatnya sejak tahun 1999 hingga 2007 sebagai setiausaha sulitnya.

Beliau yang mengenali Sujatha sejak 2006, turut mengaku pernah menanggung pengajian dua adik lelaki Sujatha, K. Ugenthiran, 28, dan K. Surenthiran, 26, di Australia.

Vell Paari, 46, memberi keterangan sebagai saksi keempat pada prosiding hari ini.

Prosiding inkues itu didengar di hadapan Koroner Mohd. Faizi Che Abu.

Dalam keterangannya lagi, Vell Paari memberitahu bahawa beliau mendapat panggilan daripada setiausahanya itu, pada pukul 5.20 petang, 19 Jun 2007 yang ingin pergi ke rumahnya bagi mendapatkan tandatangan berkenaan beberapa dokumen dan cek.

Katanya, beliau yang sudah pulang ke rumah pada pukul 4.15 petang, menolak dan hanya ingin berjumpa Sujatha keesokan pagi di pejabat.

Namun Vell Paari mengatakan bahawa Sujatha memberitahu bahawa dia ingin minta cuti pada keesokan hari kerana sakit perut.

''Saya ketika itu berada di rumah, menawarkan diri untuk menghantar Sujatha ke klinik namun dia enggan,'' ujar Vell Paari.

Menurutnya lagi, dia bersama-sama dua adik lelaki Sujatha pernah beberapa kali menghantar Sujatha ke Hospital Damai kerana Sujatha selalu mengalami kesakitan di bahagian ovari.

''Beberapa minit kemudian, Sujatha menghubungi telefon bimbit saya dan dia bersetuju untuk pergi ke hospital.

''Lebih kurang pukul 6.15 saya tiba di rumahnya di Kondominium Sang Suria, Jalan Ipoh dan saya tunggu dia turun ke lobi untuk hantarnya ke hospital.

''Sujatha minta masa untuk menukar pakaiannya dan katanya dia akan hubungi saya bila dia sudah bersedia.

''Pada masa yang sama, saya menghubungi teman serumahnya, G. Tanusha Nair, 25, supaya membantu Sujatha turun ke lobi, tetapi Tanusha ketika itu berada di tempat kerja,'' katanya.

Sementara menunggu Sujatha, menurut Vell Paari, beliau pergi ke pawagam untuk menyemak tiket.

Tambahnya, ketika dalam perjalanan, beliau mendapat panggilan daripada Ugenthiran yang menangis memberitahu kakaknya telah terminum racun.

Saksi itu memberitahu beliau kemudian terus menenangkan Ugenthiran dan menelefon Sujatha bagi memastikan perkara tersebut.

''Sujatha menjawab panggilan dan mengatakan dalam bahasa Tamil 'theriyama kutichitem' bermaksud terminum racun itu,'' kata Vell Paari.

Selepas itu, beliau segera bergegas ke Kondominium Sang Suria dan mendapati muka Sujatha pucat dan muntah di lantai.

Dia kemudian menghantar Sujatha ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang setelah meminta pendapat sepupunya, Dr. Sakhti Vello yang bekerja di hospital berkenaan.

Menurut akhbar, Sujatha, 29, mati di hospital tersebut pada 25 Jun 2007, empat hari selepas dimasukkan ke situ. Kematiannya diklasifikasikan sebagai mengejut oleh pihak polis..

Prosiding Inkues bersambung esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.