saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 17/03/2009

Penduduk Puchong kesal dengan Gobind

KUALA LUMPUR 16 Mac - Penduduk kawasan Puchong kesal dengan tindak-tanduk Ahli Parlimen mereka, Gobind Singh Deo sehingga digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama 12 bulan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati mereka kecewa kerana penggantungan tersebut bermakna mereka tiada wakil di Parlimen untuk bersuara.

Seorang pesara yang ingin dikenali sebagai Leong, 56, berkata, dia kesal dengan Gobind yang asyik berpolitik dan tidak bersungguh-sungguh membantu rakyat.

Menurutnya, dia tidak begitu mengenali Gobind kerana jarang turun padang.

''Oleh itu, saya percaya ia bukannya satu kehilangan besar.

''Mereka yang bermain dengan api seharusnya berani menghadapi akibatnya,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 12 Mac lalu, di Dewan Rakyat, Gobind Singh melemparkan fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersabit kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Beliau juga telah mengeluarkan kenyataan yang menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Sehubungan itu Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul menggantung beliau berikutan kenyataannya pada 12 Mac lalu yang menghina Dewan.

Leong menegaskan, seorang Ahli Parlimen sepatutnya memfokus kepada isu ekonomi dan pengangguran ketika ekonomi negara gawat.

Sementara itu, jurutera, Salehuddin Sharif, 33, berkata, dia tidak dapat menikmati pembangunan dan kemajuan dibawa oleh ahli Parlimen itu.

Beliau yang tinggal di Tasik Prima, Puchong berkata, kebanjiran pekerja asing di situ masih tidak terkawal.

''Sepatutnya, beliau perlu mementingkan isu-isu rakyat dan bukannya mencetuskan kontroversi di Parlimen,'' katanya.

Sementara itu, eksekutif jualan, Priya Mena, 29, berkata, Gobind lebih cenderung mencari publisiti murahan berbanding membantu rakyat.

Katanya, rakyat mengundi beliau dengan harapan dapat membantu mereka.

''Sekarang, beliau digantung daripada menghadiri Parlimen. Ini telah mengecewakan kami,'' katanya.

Bagaimanapun, pekerja sendiri, N. Reka, 39, berpendapat, dia kecewa kerana pembangunan di kawasan itu tidak berjalan lancar walaupun ada ahli Parlimen.

''Jadi, saya tidak terkejut jika dia digantung,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.