saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 18/03/2009

Festival fesyen, makanan
meriahkan KLGP 2009

KUALA LUMPUR 17 Mac - Satu festival fesyen dan makanan akan diadakan sebagai salah satu pengisian Festival Kuala Lumpur Grand Prix City (KLGP) 2009 di Taman Tasik Perdana di sini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata, KLGP Couture and Cuisine Festival itu yang berlangsung pada 28 dan 29 Mac ini akan mengenengahkan elemen fesyen, makanan dan muzik.

Katanya, festival itu mendapat kerjasama daripada Majlis Tindakan Pelancongan Malaysia, STYLO International, Kementerian Pelancongan dan KL Hop On Hop Off.

"Semasa festival ini berlangsung, pelbagai jenis makanan akan disajikan yang juga merupakan makanan kesukaan ramai mewakili keseluruhan kaum di negara ini.

"Antara makanan yang boleh didapati nanti seperti asam pedas, laksa sarawak, lok-lok halal dan beberapa makanan masyarakat Cina, India serta etnik kaum lain.

"Antara yang menarik adalah kehadiran pakar masakan terkenal seperti Chef Ismail yang akan mengadakan sesi memasak untuk pengunjung," katanya dalam satu sidang akhbar di sini.

Beliau menambah, terdapat juga gerai jualan serta pertunjukan barangan kraf oleh persatuan orang buta, aktiviti melukis batik serta beberapa aksesori fesyen.

Dalam pada itu, katanya, pengunjung akan turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan pentas serta hiburan jalanan.

Selain itu, katanya, pengunjung akan dapat melihat beberapa sesi peragaan fesyen hasil ciptaan pereka tempatan.

Datuk Bandar berharap mendapat komitmen dari semua pihak bagi menyokong usaha dan memartabatkan Kuala Lumpur sebagai pusat fesyen dan makan utama di Malaysia.

Katanya, festival itu akan bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 11 malam dan ia diharap akan dapat menarik pelancong khususnya mereka yang beada di sini sempena Grand Prix Formula Satu Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.