saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 18/03/2009

Lembaga Disiplin bebas


TENGKU Ahmad Rithaudin menunjukkan senarai ahli UMNO yang dikenakan tindakan disiplin di Menara Dato Onn, PWTC, Kuala Lumpur, semalam.


SIDANG akhbar yang diadakan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail bersama dua ahli Lembaga Disiplin, Tan Seri Megat Najmuddin Megat Khas dan Datuk Alias Ali serta Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun pada pukul 4 petang di Ibu Pejabat UMNO Tingkat 38, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Soalan: Apakah kesalahan di bawah Perkara 10.1?

AHMAD RITHAUDDEEN: Perkara 10.1 ialah satu perkara yang mana ia dianggap satu kesalahan apabila ejen calon didapati bersalah dan ada fakta bahawa calon ada pengetahuan mengenai perkara itu maka calon dianggap terlibat dan dijatuhkan hukuman di bawah perkara itu.

Apakah kesalahan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam?

AHMAD RITHAUDDEEN: Seperti yang dijelaskan tadi bahawa Mohd. Ali ada mempunyai kaitan dengan pekerja-pekerja atau ejen- ejen yang melakukan kesalahan maka sebagai calon beliau juga dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh ejennya.

Mohd. Ali tidak boleh bertanding?

AHMAD RITHAUDDEEN: Ya, seperti yang terkandung di dalam kertas yang diedarkan.

Adakah ejen Mohd. Ali lakukan politik wang?

AHMAD RITHAUDDEN: Ya, ya, maksudnya ejen telah melakukan kesalahan seperti nama tertuduh yang telah didapati bersalah seperti tertuduh keempat iaitu Saadun Basirun, tertuduh kelima Rosli Hasan dan tertuduh keenam, Zalina Ismail.

Oleh kerana mereka dari satu bahagian maka Mohd. Ali melakukan kesalahan di bawah Perkara 10.1 iaitu dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh ejen maka dihukum di bawah Perkara 20.9 (c) Perlembagaan UMNO iaitu dilarang bertanding pada pemilihan parti.

Adakah senarai yang dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin ini senarai akhir sebelum pemilihan UMNO?

AHMAD RITHAUDDEEN: Pada masa ini saya bagi ini sahaja. Saya tidak akan bagi tahu mengenai perkara lain.

Adakah Mohd. Ali boleh membuat rayuan?

AHMAD RITHAUDDEEN: Terpulang kepada ahli tersebut, kita ada peruntukan untuk dia membuat rayuan, terpulang kepada ahli tersebut.

Nak minta penjelasan adakah Mohd. Ali digantung keahlian?

AHMAD RITHAUDDEEN: Tidak ada. Dia masih lagi ahli UMNO cuma dilarang untuk bertanding dalam pemilihan parti. Dia tetap ahli parti, masih lagi Naib Presiden UMNO dan masih lagi perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO.

Mengapa Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin melakukan kesalahan yang sama Perkara 10.1 tetapi hanya diberi amaran?

AHMAD RITHAUDDEEN: Kita tidak boleh katakan kesalahan yang dilakukan oleh Mohd. Ali dan Khairy adalah kesalahan yang sama. Hukuman itu mesti selari dengan kesalahan yang dilakukan.

Adakah keputusan Lembaga Disiplin ini dirujuk kepada Jawatankuasa Pengurusan UMNO?

AHMAD RITHAUDDEEN: Saya ingin tegaskan bahawa Lembaga Disiplin adalah bebas dan terdapat pengasingan kuasa, tidak ada sesiapa yang boleh mengganggu kami untuk membuat keputusan.

Mengenai isu berkaitan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Mohamad Norza Zakaria yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)?

AHMAD RITHAUDDEEN: Saya tidak boleh jawab kerana ia belum diputuskan lagi dan saya juga tidak boleh katakan sama ada mereka yang disiasat SPRM boleh bertanding atau tidak, saya tidak boleh ulas perkara itu lagi.

Mengapa mengambil masa terlalu lama untuk membuat keputusan?

AHMAD RITHAUDDEEN: Lembaga Disiplin berhadapan dengan banyak masalah untuk buat siasatan secara telus, bukan senang banyak masalah yang dihadapi.

Adakah kesalahan Mohd. Ali dibuat semasa proses pencalonan atau selepas pencalonan iaitu semasa berkempen?

AHMAD RITHAUDDEEN: Kesalahan yang dilakukan oleh ejen Mohd. Ali ada dilakukan semasa tempoh pencalonan dan ada semasa tempoh kempen.

Bila Mohd. Ali boleh buat rayuan?

AHMAD RITHAUDDEEN: Itu bukan bahagian saya. Itu kes rayuan.

Adakah terdapat tuduhan secara langsung terhadap Mohd. Ali?

AHMAD RITHAUDDEEN: Tidak ada bagi duit secara terus tetapi kesalahan yang dilakukan oleh ejen-ejennya.

Isu berkaitan kes Azalina dan Norza mengapa Lembaga Disiplin tidak boleh buat keputusan?

AHMAD RITHAUDDEEN: Pada masa ini masalah yang dihadapi oleh kedua-duanya adalah kesalahan jenayah. Bidang kuasa kita adalah mengenai kesalahan etika seperti terkandung di dalam peraturan UMNO tetapi kalau SPRM itu adalah kesalahan jenayah dan tugas SPRM untuk menentukan ada kes atau tidak dan buat dakwaan, kami tidak terlibat dalam hal itu.

Adakah terdapat laporan terhadap Azalina kepada Lembaga Disiplin?

AHMAD RITHAUDDEN: Jangan tanya saya mengenai kes Azalina, kalau ada laporan pun terhadap beliau saya tidak akan jawab.

Adakah Mohd. Ali ada dipanggil oleh Lembaga Disiplin?

AHMAD RITHAUDDEEN: Mohd. Ali dipanggil semasa siasatan dan perbicaraan.

Kesalahan Mohd. Ali?

AHMAD RITHAUDDEEN: Kesalahan di bawah Perkara 10.1 beliau bertanggungjawab terhadap tindak-tanduk ejen.

Apa tahap kesalahan Mohd. Ali dan Khairy?

AHMAD RITHAUDDEEN: Ejen Mohd. Ali iaitu Saadun Basirun adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri. Jadi apa yang dilakukan oleh Saadun ialah memberi duit, maka Mohd. Ali perlu beri penjelasan. Dan penjelasan yang diberikan oleh beliau tidak memuaskan hati dan tidak munasabah.

Mengenai Khairy pula tidak ada kaitan jelas kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang dikatakan ejen beliau. Sukar untuk mengaitkan ejen terbabit dengan Khairy.

Ada cubaan pihak tertentu campur tangan dalam kes Mohd. Ali?

AHMAD RITHAUDDEEN: Tidak ada gangguan, kita merupakan badan yang bebas dan tidak memihak kepada mana-mana pihak.

Mohd. Ali tidak boleh bertanding tetapi Khairy yang didapati bersalah atas kesalahan yang sama boleh bertanding?

AHMAD RITHAUDDEEN: Sekali lagi saya tekankan Khairy dianggap bersalah di bawah Peraturan 10.1 yang mana ejen-ejennya dapat hukuman tetapi tidak ada kaitan secara langsung bahawa beliau mengizinkan perkara itu dilakukan. Kaitan dengan kesalahan ejen beliau amat lemah, nak sabitkan Khairy pun tidak kuat, itu yang berbeza antara Mohd. Ali dan Khairy. Maka tentu hukumannya berlainan.

Khairy diberi amaran adakah dia boleh bertanding?

AHMAD RITHAUDDEEN: Kena amaran boleh bertanding.

Mengapa Lembaga Disiplin buat pengumuman terlalu dekat dengan tarikh Perhimpunan Agung UMNO dan pemilihan parti?

AHMAD RITHAUDDEEN: Pada pemilihan lepas, kita umumkan tiga hari sebelum pemilihan dan pindaan yang dibuat terhadap Perlembagaan UMNO membolehkan Lembaga Disiplin mengambil tindakan sebelum atau selepas pemilihan. Bermakna walaupun pemilihan telah habis tetapi Lembaga Disiplin akan terus jalankan siasatan.

Kes-kes lain?

AHMAD RITHAUDDEEN: Saya tidak boleh katakan mengenai masa depan, apa sahaja yang berlaku di masa depan tidak boleh dinyatakan, masih terdapat kes dan Lembaga Disiplin akan bicara dan siasat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.