saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 18/03/2009

UMNO yang panas dan mendebarkan... masih ada belum selamat

MENJELANG perhimpunan agung UMNO minggu depan, perkembangan dalaman parti itu semakin panas dan mendebarkan.

Tanpa disedari proses saringan bagi calon-calon yang akan bertanding masih berlaku. Ia adalah proses terakhir sebelum para perwakilan membuang undi dalam memilih pucuk pimpinan parti itu bermula Rabu depan.

Ada calon termasuk yang sudah seasoned dan veteran masih 'terperangkap' dalam percaturan politik masing-masing. Silapnya, mereka tidak mengendahkan bahawa ada lagi proses selection itu. Kali ini ia bukan dibuat oleh perwakilan - tapi oleh Lembaga Disiplin UMNO dan pihak yang mulai digeruni iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jika pada pemilihan lalu Tan Sri Isa Samad, misalnya 'terperangkap' selepas beliau menang no. 1 dalam kedudukan Naib Presiden UMNO, kali ini memperlihatkan tindakan itu lebih brutal lagi. Belum pun sempat sebelah kaki lagi melangkah ke dalam gelanggang - ada yang sudah ditewaskan.

Apa sebenarnya berlaku? Permainan politik dalam UMNO melalui gambaran yang diberikan adalah terlalu dahsyat.

Jika mahu diceritakan secara terus terang - tidak sampai hati. Adakah UMNO dipermainkan oleh ahli-ahlinya sendiri? Perebutan jawatan yang bermula dari proses pencalonan di peringkat bahagian telah menampakkan bahawa trend laluan untuk menuju ke peringkat Pusat ini menjadi lebih kacau dan kompleks.

''Semuanya mahu berebut jawatan," kata seorang penganalisis politik veteran. Rebutan itu bukan main- main, tapi mereka mahu memastikan kemenangan mutlak - dengan apa cara sekali pun.

Generasi baru UMNO yang bertanding di peringkat bawahan seperti di Exco-Exco sayap pergerakan, seram melihat cara kempen yang dijalankan oleh sifu-sifu mereka di peringkat tertinggi. Ia terlalu gelojoh, kata seorang calon Exco Wanita.

''Wang terbang bagai nak rak…" katanya terus-terang. Apakah ini caranya untuk menang? Siapa yang mahu wang itu sebenarnya - perwakilan atau calon yang bermurah hati? Jika yang tidak berduit, bagaimana pula? Apakah nilai calon itu ditentukan oleh wang ringgit?

Jika orang yang tak layak menang kelak kerana wang, bagaimana pula? Apakah negara mampu mempunyai pemimpin sebegitu? Jika dia layak, tak apalah, jika tidak, bagaimana?

Sebenarnya, ini bukan cerita baru - tapi cerita lama yang tidak habis-habis di dalam UMNO. Namun, nampaknya trend yang berlaku sekarang - semasa tulisan ini ditaip - terlalu menyeramkan.

Pengalaman mengikuti dan meliputi Perhimpunan Agung UMNO sejak sekian lama mendapati trend kali ini sudah sampai ke kemuncaknya.

Apakah ia berlaku kerana mereka mahu berebut tempat untuk berada dalam barisan kepimpinan baru parti dan negara, atau apa?

Adakah apa yang berlaku ini sesuatu yang tidak normal? Atau ia adalah normal? Jika inilah trendnya di dalam UMNO dari dulu sehingga sekarang - maknanya ia normallah. Jika ia normal, tidak perlulah ada pihak yang 'kecewa' sekiranya kesalahan disabitkan ke atas diri mereka?

Tan Sri Isa Samad - misalnya menerima hukumannya dengan hati yang terbuka - walaupun beliau sudahpun diumumkan menang dengan majoriti popular. Tapi bukan semua orang macam beliau.

Desas-desus kuat yang tersebar di kalangan orang UMNO sendiri kedengaran bahawa seorang pemimpin sanggup mengancam mahu mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi calon Bebas, jika dia diambil tindakan.

Malah desas-desus itu juga mendakwa akan berlaku satu tindakan yang lebih agresif daripada itu (yang sengaja saya tidak mahu dedahkan apa itu, kerana idea tersebut adalah di luar fikiran saya yang waras). Harap-harap ia hanyalah satu tindakan sementara selagi hati masih membara.

(Gambaran itu berlaku sebelum pengumuman oleh Lembaga Disiplin UMNO petang semalam. Saya hanya mahu memberi gambaran itu bagi memperlihatkan sikap orang- orang ini yang kadang-kala sanggup mengambil tindakan di luar kewarasan jika berlaku sesuatu kepada pemimpin mereka).

''Apa pun yang berlaku kita akan berdiri di belakangnya,'' kata seorang pengikut. Mereka persoal: Semua orang ''yang bagi duit lebih banyak mengapa tak kena?"

"Apakah ada gerakan konspirasi mahu menjatuhkan orang ini dan orang itu?" ujar beliau. Apakah wujud grand design atau satu gerakan terancang (yang sekali lagi sukar diulas di sini…) yang sistematik dan strategik untuk menguasai kepimpinan parti dan negara?

Yang pasti trend itu berlaku apabila ketamakan, kegelojohan, kebodohan menguasai diri. Berbeza dengan makhluk lain, manusia sepatutnya mempunyai pertimbangan yang rasional.

Ungkapan: Semua orang ''yang bagi duit lebih banyak mengapa tak kena?" - kini memakan diri UMNO. Nampaknya seperti semua orang sudah main duit. Jika mahu diambil tindakan mungkin 70 peratus calon tidak layak?

Melihatkan kepada keputusan Lembaga Disiplin UMNO oleh Tengku Ahmad Rithauddeen pukul 4 petang semalam, keputusan adalah sebaliknya.

Terlalu sedikit yang disabitkan, berbanding gambaran yang dilihat.

Ali Rustam, calon Timbalan Presiden, yang namanya telah berlegar sejak beberapa hari lalu - akhirnya disabitkan kesalahan dan tidak dibenarkan bertanding.

Seorang bekas menteri Kabinet berkata, Najib Tun Razak yang bakal memimpin parti itu ''telah menghantar mesej yang cukup jelas''.

Mesej itu pastinya bukan yang disukai atau popular.

Sebaliknya menurut mereka ia adalah langkah awal Najib untuk memastikan barisannya kelak benar-benar bersih. Jika ada yang terlepas, kita pasti beberapa saringan lain akan berjaya mengesan mereka. Yang pasti saringan masih belum berakhir.

Memanglah ada yang tidak puas hati dengan keputusan itu, namun itulah keputusannya dan ia harus dihormati.

Apa pun, UMNO perlu berubah. Orang UMNO perlu berubah. Tindakan agresif yang diambil oleh lembaga disiplin parti mahupun SPRM juga sebenarnya merupakan satu langkah perubahan, namun cukupkah? Atau adakah ia sudah terlambat? Jika terlambat, UMNO perlu melakukan perubahan itu segera; sebelum seperti kata Tun Mahathir - "UMNO akan berkubur".

Tapi persoalan yang paling besar, pedulikah orang-orang ini sekiranya UMNO terkubur?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.