saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 19/03/2009

Sujatha mungkin minum racun - Doktor

KUALA LUMPUR 18 Mac - Seorang pakar perubatan yang juga sepupu kepada S. Vell Paari memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa ada kemungkinan model dan pelakon Tamil tempatan, K. Sujatha, 29, sedar dia meminum racun paraquat yang dikatakan penyebab kematian pelakon itu.

Dr. S.P. Sakthiveloo yang berkhidmat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada ketika kejadian, bersetuju dengan soalan Timbalan Pendakwa Raya, Anselm Charles Fernandis bahawa racun itu diambil dengan pengetahuannya.

''Dia mungkin minum racun paraquat dalam sedar kerana tiga faktor iaitu kuantiti racun yang diambil oleh Sujatha adalah dua hingga tiga teguk daripada keseluruhan 50 mililiter botol itu, bau racun yang kuat menyebabkan dia minum dalam kuantiti sedikit dan dia minum daripada botol racun itu sendiri berdasarkan bukti di tempat kejadian,'' katanya.

Ketika ditanya Anselm mengenai keyakinannya bahawa Sujatha meminum racun itu beliau berkata, ia berdasarkan pengakuan pelakon itu sendiri yang mana mengatakan dirinya sudah terminum racun.

''Kedatangan saya dan Vell Paari ke rumah Sujatha pada hari yang sama Sujatha dimasukkan ke wad membuktikan ia adalah racun. Saya nampak sendiri botol dan paraquat berwarna hijau itu berada di lantai biliknya.

''Saya bagaimanapun tidak mengambil botol itu tetapi hanya memastikan ia adalah racun berdasarkan label di luarnya yang tertulis 'SP Paraquat' selain bau yang cukup kuat dalam bilik itu,'' katanya.

Inkues yang didengar di hadapan Koroner Mohd. Faizi Che Abu untuk menentukan punca kematian Sujatha pada 25 Jun 2007. Prosiding inkues bersambung pada 21 April depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.