saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 19/03/2009

Rajoelina diumum Presiden


ANDRY Rajoelina menunjukkan isyarat kemenangan kepada para penyokongnya sambil dikawal ketat oleh tentera di Antanarivo, semalam. - REUTERS


ANTANANARIVO 18 Mac - Mahkamah Perlembagaan mengisytiharkan ketua pembangkang, Andry Rajoelina sebagai Presiden Madagascar yang baru, sehari selepas menyingkirkan pesaingnya dari pentadbiran negara itu.

Rajoelina yang dijadual berucap kepada penyokongnya di ibu negara lewat hari ini dilantik selepas bekas Presiden, Marc Ravalomanana meletak jawatan semalam.

''Anda boleh panggil saya Presiden. Rakyat yang memberi kuasa, rakyat juga yang akan mengambilnya.

''Kami hanya menyambut respons kepada permintaan rakyat untuk dilantik sebagai pemimpin kerajaan sementara,'' kata pemimpin berusia 34 tahun itu kepada stesen televisyen Perancis.

Walaupun kerajaan-kerajaan luar menentang pengesahan pertukaran kuasa itu, mahkamah perlembagaan Madagascar mengesahkan Rajoelina sebagai pemangku Presiden republik itu.

Pemimpin atasan ketenteraan awal hari ini, secara rasmi melantik pihak pembangkang mengetuai pentadbiran Madagascar selepas mengetepikan tindakan bekas Presiden yang cuba menyerahkan kuasa kepada mereka.

Namun dalam satu upacara yang disiarkan dari kem ketenteraan di ibu negara, Laksamana Madya Hyppolite Rarison Ramaroson berkata, pihaknya sebagai ganti melantik Rajoelina mengetuai kepimpinan Madagascar.

Rajoelina sejak beberapa bulan lalu, mengetuai perhimpunan antikerajaan bagi mendesak Ravalomanana meletak jawatan. Beberapa bantahan turut menyebabkan pertempuran maut.

Pemimpin pembangkang itu menuduh Ravalomanana membazirkan wang rakyat selain melemahkan demokrasi di Madagascar.

Selama beberapa minggu, Rajoelina mengisytiharkan dirinya sebagai Presiden kerajaan sementara dan berjanji akan menjalankan pilihan raya Presiden dalam masa dua tahun.

Ketua pembangkang itu memberitahu stesen televisyen Perancis, LCI, beliau disokong kuat oleh 'askar, pekerja kerajaan dan kesatuan-kesatuan yang dianggap sebagai golongan utama di negara berkenaan.' - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.