saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 19/03/2009

Polis tahan lelaki kahwin gadis 12 tahun

JAKARTA 18 Mac - Seorang guru agama yang mencetuskan kontroversi kerana berkahwin dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ditahan atas kesalahan melanggar undang-undang perlindungan kanak-kanak, lapor polis hari ini.

Pujiono Cahyo Widianto, 43, yang mengahwini kanak-kanak itu di hadapan ribuan orang di Jawa Tengah Ogos tahun lalu, bagaimanapun memberi alasan dia tidak melakukan sebarang kesalahan kerana berhasrat menunggu sehingga isterinya cukup umur sebelum menyempurnakan perkahwinannya.

Detektif polis Roy Siahaan memberitahu, Widianto yang menguruskan sebuah sekolah asrama penuh agama dan beberapa perniagaan, secara rasmi dinamakan sebagai suspek jenayah dan bakal menjalani soal siasat bagi tempoh beberapa hari.

Suspek buat masa ini masih belum didakwa dan hanya ditahan polis.

Widianto mungkin berdepan dengan hukuman 15 tahun penjara jika disabit kesalahan kerana mencabul undang-undang perlindungan kanak-kanak negara tersebut yang jelas melarang perkahwinan di bawah umur 18 tahun.

Perkahwinannya itu serta perisytiharannya untuk berkahwin dengan dua lagi kanak-kanak berusia tujuh dan sembilan tahun, menimbulkan kemarahan di Indonesia yang didiami lebih 210 juta penganut Islam.

Aduan mengenai perkara itu turut diterima dari Menteri Hal Ehwal Agama, Maftuh Basuni; kumpulan-kumpulan hak asasi kanak-kanak serta Majlis Ulama Indonesia.

''Dalam kes ini ia jelas menunjukkan fidofilia berlaku.

''Kita bukannya hidup pada zaman batu, jadi kita harus melindungi anak-anak kita daripada perkara sebegini,'' kata Setiausaha Agung Suruhanjaya Hak Asasi Kanak-Kanak Kebangsaan, Arist Merdeka Sirait yang turut memuji tindakan polis menahan guru agama tersebut.

Polis turut menyerahkan isteri Widianto yang masih muda itu ke pangkuan keluarganya tidak lama selepas perkahwinan mereka berlangsung. - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.