saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 19/03/2009

Kapal Discovery tiba di ISS


GAMBAR menunjukkan kapal angkasa Discovery berlabuh di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada pukul 5.19 pagi waktu Malaysia, semalam. - AFP


WASHINGTON 18 Mac - Kapal angkasa Discovery berlabuh di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) kira-kira pukul 5.19 pagi waktu Malaysia pagi ini, bagi misi menghantar krew makmal pertama Jepun bersama panel suria untuk melengkapkan pembinaan stesen tersebut.

Kapal tersebut berlabuh enam minit lewat daripada waktu jangkaan asal. Biarpun berlaku sedikit masalah komunikasi antara ISS dengan pusat kawalan misi di Houston, percantuman Discovery dengan ISS berjalan lancar.

Ketibaan Discovery itu disambut tiga krew terdiri daripada dua angkasawan Amerika Syarikat (AS) dan seorang dari Rusia.

Komander Discovery, Lee Archambault mula mengendalikan kapal angkasa itu ke posisi merapati ISS satu jam sebelum berlabuh.

Sepanjang 13 hari misi, krew Discovery termasuk Koichi Wakata yang bakal menjadi angkasawan Jepun yang pertama paling lama tinggal di ISS, akan memasang dua panel solar di stesen itu, satu daripada peringkat penting terakhir dalam pembinaannya yang telah mengambil masa lebih sedekad.

Menurut pelan asal Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), kerja-kerja pemasangan panel solar itu memerlukan masa selama lebih enam jam setiap satu oleh dua kumpulan angkasawan dalam empat perjalanan angkasa lepas.

NASA berkata, selepas pelancaran Discovery ditangguhkan minggu lalu berikutan kebocoran hidrogen, panel solar terbabit dijadual dipasang dalam tempoh tiga perjalanan angkasa lepas bermula dengan bahagian pertamanya esok.

Sepasang panel solar tersebut mengandungi 32,800 sel solar dan berukuran 35 meter panjang.

Setelah siap dipasang kelak, ia mampu menyalurkan bekalan elektrik yang cukup bagi eksperimen-eksperimen saintifik selain menyokong pertambahan enam lagi krew stesen itu yang dijangka tiba pada Mei depan. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.