saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 20/03/2009

Abhisit hadapi undi tidak percaya


CHALERM Yoobanrung ketika membahaskan usul undi tidak percaya terhadap Abhisit di Parlimen Thailand di Bangkok, semalam. - AFP


BANGKOK 19 Mac - Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva hari ini berdepan cubaan pertama pihak pembangkang untuk menggulingkannya, apabila pembangkang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya dan lima menteri.

Usul itu dibentangkan oleh Parti Puea Thai yang juga sekutu kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Usul itu antara lain menuduh Abhisit dan menteri-menterinya terlibat dengan rasuah dan merampas kuasa daripada kerajaan terdahulu.

Anggota Parlimen, Chalerm Yoobamrung yang mengetuai perbahasan terhadap usul yang dibentangkan oleh Parti Puea Thai itu berkata, Abhisit dan partinya merampas kuasa daripada kerajaan terdahulu.

''Saya mahukan keadilan,'' ujarnya.

Beliau juga menuduh Abhisit melindungi Menteri Luarnya, Kasit Piromya kerana beliau merupakan penyokong kuat Perikatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD).

Chalerm turut menuduh Abhisit meluluskan laporan kewangan parti yang salah, menerima berbilion dolar daripada sumbangan yang tidak sah dan mengagih-agihkan peruntukan yang diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Abhisit pula berkata, beliau yakin pentadbirannya yang baru berusia tiga bulan itu boleh menempuh ancaman tersebut, yang disifatkan sebagai cabaran terbaru politik sejak Thaksin digulingkan pada 2006.

''Saya mempunyai hak di bawah Perlembagaan untuk memegang jawatan ini,'' kata beliau kepada Parlimen semasa perbahasan itu.

Abhisit yang memimpin PAD dijangka memenangi pengundian usul tidak percaya itu yang dijadual diadakan Sabtu ini dengan bantuan sekutu kerajaan campurannya. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.