saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 20/03/2009

Natasha meninggal dunia


Gambar bertarikh 17 Oktober merakamkan Natasha bersama suaminya Neeson semasa sesi memperkenalkan filem terbarunya The Other Man di Dataran Leicester, London semasa Festival Filem London. - AFP


LOS ANGELES 19 Mac - Pelakon wanita popular, Natasha Richardson daripada keluarga artis dinasti Redgrave Britian, meninggal dunia akibat kecederaan otak setelah mengalami kemalangan ketika bermain ski di Kanada, awal minggu ini.

Natasha, 45, meninggal dunia tengah hari Selasa lalu di sisi suaminya, pelakon Liam Neeson, serta dua anak mereka, Michael, 13, dan Daniel Jack, 12, dan ahli keluarga termasuk ibunya, pelakon Vanessa Redgrave, di hospital Lenox Hill, New York.

Dia pernah memenangi anugerah Oskar melalui filem arahan Tony Richardson dan memenangi anugerah Broadways pada tahun 1998.

Natasha yang dilahirkan di London pada Mei 1963, mengalami kecederaan pada Isnin lalu apabila terjatuh ke dalam cerun semasa mengikuti sesi latihan ski persendirian di resort Mont Trembant, kira-kira 120 kilometer ke utara Montreal.

Dia dipindahkan ke hospital Montreal, di mana dia menjalani diagnosis trauma otak.

Natasha pernah membawa watak Lindsay Lohan semasa kecil pada tahun 1998 dalam filem The Parent Trap dan melakonkan watak Jennifer Lopez dalam filem komedi romantik Maind in Manhattan. - REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.