saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 20/03/2009

Pelatih selebriti PLKN


DIANA Danielle melambai tangan sebelum menaiki bas yang membawa para pelatih PLKN ke kem latihan di Sepang, semalam.WALAUPUN sibuk dengan karier lakonannya, pelakon remaja Diana Danielle tetap akur menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Diana menjalani latihan itu selama tiga bulan di Kem Princess Haliza, Sepang bermula semalam. Pelakon berusia 18 tahun itu sebelum ini terpaksa menangguhkan latihan tersebut tahun lalu kerana terikat kontrak berlakon filem Kecoh Betul arahan Baldave Singh.


KUALA LUMPUR 19 Mac – Pelakon Diana Danielle menangis sewaktu ibunya menghantarnya ke stesen bas Bukit Jalil bagi menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Princess Haliza, Sepang yang bermula hari ini.

Menurut ibu Diana, Norsiah Ramli, 45, anaknya itu tidak dapat menahan sebak lalu menangis kerana terpaksa berpisah dengannya selama hampir tiga bulan bagi mengikuti latihan di kem tersebut.

‘‘Sebelum ini Diana berjanji tidak mahu menangis. Kalau menangis pun dia kata, dia tidak mahu tunjukkan kepada orang lain. Tetapi petang tadi saya lihat dua kali dia sebak daripada nada suara dan air mukanya yang sugul.

“Saya tahu dia menangis kerana ini kali pertama berpisah terlalu lama dengan saya. Sebelum ini, paling lama pun dua hari iaitu ketika dia pergi berkhemah di Taman Negara, Pahang tahun lalu,” kata Norsiah ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pelakon berusia 18 tahun ini terpilih menyertai PLKN kali ini selepas terpaksa menangguhkannya pada sesi pengambilan Disember tahun lalu kerana terikat kontrak berlakon dalam filem Kecoh Betul arahan Baldave Singh.

Jelas Norsiah, Diana tidak berniat enggan menyertai PLKN pada Disember lalu kerana anaknya itu telah terlebih dahulu menandatangani kontrak berlakon filem itu pada bulan Ogos.

“Dia terpaksa menjalani penggambaran filem itu selepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Sedangkan dia terpilih menyertai PLKN selepas itu iaitu pada Disember tahun lalu.

“Disebabkan pertindihan waktu, Pengurus Produksi filem Kecoh Betul, Hasni telah berjumpa dengan pegawai PLKN untuk berbincang bagi mendapatkan kebenaran penangguhan Diana daripada menyertai kem itu.

“Diana terpaksa membayar ganti rugi kalau dia tidak dapat menjalani penggambaran Kecoh Betul yang memang sudah lama dirancang. Syukurlah masalah itu sudah selesai dan akhirnya anak saya dapat juga menyertai PLKN,” jelasnya.

Kes penangguhan Diana menyertai PLKN Disember lalu mencetuskan berita sensasi kerana difahamkan Diana merupakan artis remaja pertama terpilih menyertai kem latihan itu.

Tambah Norsiah, penyertaan Diana itu secara tidak langsung turut membuktikan anaknya bukan sengaja mahu mengingkari arahan kerajaan, sebaliknya ia berlaku atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.