saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 21/03/2009

MMC dapat sokongan besar beli SATS

KUALA LUMPUR 20 Mac - Biarpun mendapat tentangan sengit daripada para pemegang saham minoriti, MMC Corp. Bhd. (MMC) milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, akhirnya berjaya mendapat mandat sebanyak 97 peratus untuk membeli Senai Terminal Services Sdn. Bhd. (SATS) dengan harga RM1.7 bilion.

Dengan mandat itu, syarikat konglomerat MMC akan memiliki sepenuhnya kepentingan ekuiti dalam SATS, selepas memperoleh kebenaran Jawatan kuasa Pelaburan Asing (FIC) dijangkakan dalam tempoh sebulan lagi.

Syed Mokhtar menguasai 51.76 peratus ekuiti dalam MMC, diikuiti oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) 22.3 peratus, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tujuh peratus dan bakinya dimiliki pemegang saham minoriti.

Penentangan yang sengit menyebabkan mesyuarat luar biasa berlarutan selama lebih tiga jam.

Pertikaian itu timbul kerana para pemegang saham minoriti tidak berpuas hati dengan penilaian tanah yang mencecah RM1.12 bilion sedangkan pembelian awal oleh Enigma Harmoni Sdn. Bhd. (EHSB), anak syarikat milik penuh SATS berjumlah RM331.6 juta ketika dibeli pada Disember 2007.

SATS adalah syarikat persendirian yang dikaitkan dengan Syed Mokhtar.

Dari segi penilaian Knight Frank, harga pembangunan kasar bagi tanah itu adalah RM3.1 bilion berbanding pasaran pembangunan tanah sebanyak RM2 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif MMC Malaysia, Hasni Harun berkata, pembelian itu membolehkan MMC mengeksploitasi potensi SATS sebagai pusat kargo dan logistik di bawah mercu tanda zon bebas.

MMC akan membayar sejumlah RM1.7 bilion termasuk RM580 juta bagi Lapangan Terbang Senai dan RM1.12 bilion untuk tanah pegangan bebas seluas 2,718 ekar bagi pembangunan Bandar Lapangan Terbang.

''Pembelian SATS ini adalah strategi syarikat untuk menyediakan kelebihan kepada MMC dalam sektor pengangkutan dan logistik, yang menjadi antara tiga teras perniagaan kami," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 1 November 2003,SATS mengambilalih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai daripada Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) pada harga RM80 juta.

Hasni berkata, MMC membeli SATS pada peringkat awal pusingan pertumbuhannya dan harga belian itu mewakili RM395 setiap penumpang, 55 peratus lebih rendah daripada harga purata transaksi lapangan terbang sebanyak RM870 setiap penumpang sejak tiga tahun lalu.

SATS mengendalikan 1.4 juta penumpang pada 2008, kenaikan 10 peratus berbanding 1.32 juta penumpang pada tahun sebelumnya dan menjangka pertumbuhan berterusan yang bakal dipacu daripada pembangunan Iskandar Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.