saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/03/2009

PLKN: Penyertaan tiga artis didokumentari

MELAKA 20 Mac - Kalau sudah dinamakan artis, apa sahaja yang dibuat menarik perhatian.

Terbaru, penyertaan tiga artis remaja - pelakon Diana Danielle, 18, juara program realiti One In A Million (OIAM), Suki atau Low Sook Yee, 20, dan finalis OIAM, Aliff atau Muhammad Aliff Mohd. Satar, 19 - dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dijadikan dokumentari.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, pihaknya telah berunding dengan sebuah stesen televisyen tempatan untuk membuat filem dokumentari tersebut.

"Secara kebetulan tiga artis remaja ini terlibat dalam pengambilan pelatih kedua Siri 6/2009 dan kita putuskan untuk tempatkan mereka dalam satu kem bagi menjalani penggambaran dokumentari ini sehingga tamat.

"Populariti ketiga-tiga artis remaja ini secara tidak langsung akan dapat menarik minat lebih ramai golongan remaja untuk menyertai program PLKN apabila mereka dipanggil menyertainya," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas meninjau persiapan kemasukan 1,165 pelatih kumpulan kedua Siri 6/2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, di sini hari ini.

Ketiga-tiga artis remaja tersebut kini menyertai pelatih PLKN lain di Kem Princess Haliza, Sepang, Selangor.

Semalam, pelakon berusia 18 tahun, Diana Danielle mendaftarkan diri di kem itu manakala dua lagi selebriti, Suki dan Aliff diberi masa 14 hari dari tarikh pendaftaran sepatutnya untuk mendaftar di kem sama.

Diana sebelum ini terpaksa menangguhkan kemasukannya pada sesi pengambilan Disember tahun lalu kerana terikat kontrak berlakon dalam filem Kecoh Betul arahan Baldave Singh.

Penangguhan latihannya itu bagaimanapun menjadi sensasi kerana difahamkan Diana merupakan artis remaja pertama terpilih menyertai kem latihan itu.

Selain Diana, Suki dan Aliff juga pernah membuat rayuan untuk menangguhkan penyertaan PLKN dan memberi jaminan akan mengikuti program tersebut apabila dipanggil.

Mengulas lanjut beliau berkata, dokumentari itu akan memaparkan program yang diadakan di PLKN dan ketiga-tiga artis-artis tersebut akan menjadi pelakon tanpa sebarang skrip.

"Maknanya, proses penggambaran berlaku tanpa dirancang dan inilah yang hendak dipaparkan kepada masyarakat mengenai aktiviti di PLKN dari mula pendaftaran hingga berakhir program," katanya.

Tambahnya, dengan menonjolkan tiga artis popular, masyarakat akan mengetahui situasi sebenar dalam PLKN dan dapat menarik minat golongan remaja menyertai program tersebut.

Mengulas tempoh yang dibenarkan kepada Suki dan Aliff, Abdul Hadi berkata, ia adalah prosedur biasa yang diberikan kepada semua pelatih yang membuat rayuan sejak PLKN diperkenalkan pada 2004.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.