saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/03/2009

Persembahan warna-warni meriahkan Citrawarna 2009


YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin diiringi Azalina Othman Said berkenan menghadiri majlis pelancaran Citrawarna Malaysia 2009 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 21 Mac - Citrawarna Malaysia 2009 - acara yang mempersembahkan kebudayaan dan kesenian negara sekali lagi memukau beribu-ribu penonton yang menyaksikan persembahan penuh berwarna warni itu di Dataran Merdeka di sini malam ini.

Pelancaran Citrawarna Malaysia 2009 yang berkonsepkan Malaysia Truly Asia dengan tema Malaysia Welcomes the World, disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Hadir sama Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib dan tetamu-tetamu jemputan lain.

Sebaik sahaja Seri Paduka merasmikan acara itu, Dataran Merdeka bermandikan cahaya dan percikan bunga api diikuti persembahan kebudayaan daripada pelbagai kumpulan budaya dari seluruh negara.

Menggunakan tema yang sama, seramai 800 orang terdiri daripada pemuzik, penari, pemain boneka dari seluruh negara mengadakan persembahan dengan penuh warna-warni yang menampilkan pelbagai cerita rakyat, legenda serta muzik dan tarian tradisional.

Dengan berpakaian penuh berwarna-warni, mereka mempersembahkan kebudayaan Melayu, Cina dan India dengan mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 5,000 penonton yang membanjiri segenap sudut di Dataran Merdeka.

Citrawarna Malaysia sebelum ini diadakan di Dataran Perdana, Persiaran Putrajaya turut disertai oleh kumpulan kebudayaan dari negeri-negeri serta beberapa buah sekolah di sekitar Kuala Lumpur.

Para penonton juga turut dihiburkan oleh persembahan artis-artis terkenal negara seperti Adibah Noor, Camelia, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk David Arumugam dan lain-lain.

Jutaan rakyat Malaysia pula berkesempatan menyaksikan acara lebih dua jam itu secara langsung melalui Radio Television Malaysia (RTM).

Sementara itu, Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Citrawarna Malaysia yang diperkenalkan pada 1999 telah membuktikan Malaysia adalah satu daripada destinasi pelancongan berwarna-warni yang menarik di dunia.

Beliau berkata pada tahun ini Citrawarna Malaysia cuba menonjolkan pelbagai bentuk persembahan kebudayaan negara lain terutamanya dari negara Asia sejajar dengan moto Malaysia Truly Asia.

Menurut Azalina, Citrawarna Malaysia pada tahun ini membawa kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya dengan memberi peluang kepada pelancong mengenali pelbagai jenis makanan, kebudayaan dan kraftangan tradisi masyarakat Malaysia.

Malah katanya, beberapa pengisian acara Citrawarna Malaysia telah diaturkan bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke negara ini antaranya Pesta Air, KL GP Couture and Cuisine Festival, One World One Fashion, Malaysia Ethnic Cuisine dan Malaysia Heritage Cuisine.

"Bagi memeriahkan acara pada tahun ini beberapa hotel akan menganjurkan acara-acara kebudayaan, pameran dan demonstrasi makanan negeri-negeri sepanjang tahun," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.