saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/03/2009

Kontroversi Jangan Tegur

WALAUPUN belum memasuki pawagam tapi filem Jangan Tegur sudah mencetus kontoversi apabila berlaku pergeseran antara pengarahnya , Pierre Andre dan penerbit filem, David Teo.

Heboh seketika sebelum ini insiden pergaduhan antara mereka berdua. Isu ini bukan sahaja mencetuskan perbalahan antara mereka berdua, malah turut sama mengheret kedua-duanya berbalas kritikan.

Sekali pun isu itu telah reda, namun persoalannya apakah status hubungan mereka? Apakah pergeseran antara Pierre dan David Teo akan membawa penonton ke pawagam untuk menonton Jangan Tegur?

Bagi Pierre, dia mengharapkan agar filem Jangan Tegur diterima ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan memandangkan itu adalah antara filem hasil arahannya.

“Saya sangat sayang dengan filem itu. Memang saya yakin filem itu mampu pergi jauh dan dapat sambutan. Tapi sehingga kini saya tidak tahu apakah penamat bagi cerita tersebut.

“Memang saya terlibat dalam proses penyuntingan. Tapi selepas terpaksa membuat penggambaran semula tujuh babak, langsung saya tidak tahu apakah kesudahan Jangan Tegur.

“Apa yang saya harapkan kini hanyalah penamat yang baik dan seperti yang saya mahukan. Saya tak mahu filem itu berakhir dengan sesuatu yang klise dan terlalu mudah,” jelas Pierre ketika dihubungi.

Enggan mengulas hubungan antaranya dengan David, Pierre yakin bahawa David juga mempunyai alasan tersendiri dalam setiap tindakannya. Dia lebih senang jika kedua-dua pihak membawa haluan masing-masing.

Bukan menidakkan jasa yang telah dicurahkan oleh David terhadapnya, tetapi Pierre mahu setiap tindakannya dihormati.

“Saya sebagai pembikin filem. Sudah tentu apa yang saya mahu menyampaikan mesej atau segala bagai ke dalam karya saya. Saya bukannya businesman.

“Bukan niat saya nak mencari musuh dengan sesiapa. Dalam industri filem yang kecil ini sudah pasti lambat laun kita akan jumpa muka yang sama.

“Apa yang saya harapkan agar filem Jangan Tegur akan lebih sukses daripada filem Jangan Pandang Belakang. Moga tahun 2009 menjadi tahun yang lebih gemilang kepada saya,” kata Pierre lagi.

Misteri Baizura

Jangan Tegur dihasilkan pengarah Pierre Andre bersama barisan kru yang sama menghasilkan Jangan Pandang Belakang dan Congkak seperti pengarah fotografi Indra Che Muda, pengarah seni, pengarah muzik dan bunyi serta penolong pengarah.

Barisan pelakon yang menjayakan filem Jangan Tegur ini terdiri daripada pelakon-pelakon seperti Julia Ziegler, Nadia Mustafar, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Pierre Andre, Almy Nadia, Rozita Che Wan, Kaza, Abu Bakar Juah dan ramai lagi.

Jangan Tegur mengenai Natasya lakonan Julia Ziegler yang terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura, watak Nadia Mustafar yang disyaki telah hilang dua tahun secara misteri tanpa khabar berita.

Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura.

Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal lakonan Pierre Andre pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri.

Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang mengganggu Baizura seperti dalam mimpinya.

Kamal mencuba pelbagai cara termasuk meminta bantuan Ustaz untuk mengubati dan memulihkan semangat Natasya. Natasya pula tanpa pengetahuan Kamal telah pergi menyiasat punca kematian Baizura dan kenapa Baizura selalu muncul dalam mimpinya.

Penyiasatan Natasya berjaya merungkai punca kematian Baizura tetapi membawa dirinya ke dalam satu lagi masalah yang lebih besar apabila dia sendiri dirasuk. Apakah Natasya mampu mengatasinya dan apakah punca kematian Baizura?

Filem ini akan ditayangkan di negara ini pada 9 April depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.