saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 22/03/2009

PM Thailand menang pengundian


PARA anggota Parlimen Thailand mengundi berhubung usul undi tidak percaya terhadap Abhisit dan lima menterinya di Bangkok, semalam. - AFP


BANGKOK 21 Mac - Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva berjaya melepasi cubaan pertama pihak pembangkang untuk menggulingkannya, apabila beliau memenangi pengundian di Parlimen berhubung usul undi tidak percaya terhadapnya.

Pengundian yang memihak kepada beliau itu, sekali gus menyelamatkan kerajaan pimpinannya yang baru berusia tiga bulan, selepas Abhisit mengambil alih kerajaan juga melalui proses pengundian di Parlimen setelah parti pemerintah sebelum ini, Parti Kuasa Rakyat (PPP) dibubarkan mahkamah.

Abhisit memperoleh 246 undi, manakala 176 undi menentang dan 24 undi lagi berkecuali di Dewan Perwakilan yang mempunyai 446 anggota.

Kemenangan itu juga menyelamatkan lima Menteri Kabinetnya yang turut berjaya melepasi usul undi tidak percaya tersebut, yang dikemukakan oleh pembangkang di Parlimen pada hari Khamis.

Pembangkang, Parti Phuea Thai yang menyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, ketika membentangkan usul tidak percaya tersebut mendakwa Abhisit merampas kuasa daripada kerajaan terdahulu.

Pembangkang turut mengkritik kerajaan pimpinan Abhisit sebagai gagal menguruskan ekonomi dan mendakwa ia menyokong tunjuk perasaan oleh Perikatan Demokrasi untuk Rakyat (PAD) yang membawa kepada pengepungan lapangan terbang antarabangsa Bangkok pada tahun lalu.

"Perdana Menteri (Abhisit) berpendapat kerajaan telah mencapai lebih banyak kestabilan dan ia akan membantu beliau dalam melakukan kerja dengan lebih baik," kata jurucakap kerajaan, Panithan Wattanayakorn selepas keputusan tersebut diumumkan.

Parti Demokrat pimpinan Abhisit menguasai majoriti perikatan dalam Dewan Rendah di Parlimen.

Jurucakap Phuea Thai, Prompong Nopparit menegaskan bahawa pembangkang menyifatkan kemenangan tersebut sebagai tidak mengejutkan, namun 'berpuas hati' dengan usaha mereka itu dan akan terus memantau ketat kerajaan.

Seorang saintis politik di Universiti Chulalongkorn berkata, pihak pembangkang tahu yang mereka akan kalah, namun menggunakan perbahasan usul tersebut untuk menyemarakkan lagi demonstrasi oleh 'kemeja merah' yang mendakwa kerajaan sekarang dipilih melalui cara yang tidak demokratik.

"Namun saya rasa rakyat secara umumnya berpuas hati dengan pentadbiran Abhisit," katanya. - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.