saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 22/03/2009

Rajoelina angkat sumpah jawatan Presiden

ANTANANARIVO 21 Mac - Andry Rajoelina mengangkat sumpah sebagai Presiden kerajaan peralihan Madagascar hari ini, empat hari selepas merampas kuasa di negara pulau Lautan Hindi, yang mendapat kecaman masyarakat antarabangsa.

"Bersaksikan rakyat Madagascar dan bersaksikan Tuhan, saya bersumpah untuk bersungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat dan saya bersumpah akan menghormati undang-undang Madagascar," kata pemimpin berusia 34 tahun itu di hadapan lebih 40,000 penyokong.

Rajoelina dilantik sebagai Presiden Selasa lalu, namun penderma Barat dan kuasa serantau mengecam tindakan pembangkang menggulingkan kerajaan pimpinan Marc Ravalomanana awal minggu ini.

Bekas deejay itu mencabar Ravalomanana sejak tiga bulan lalu dengan mengadakan demonstrasi jalanan, sehingga menyebabkan Ravalomanana meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada tentera pada Selasa lalu, diraikan menteri dan juga pemimpin agama serta hakim dalam acara yang diadakan di stadium utama ibu negara.

Tiada seorang diplomat asing dilihat menghadiri upacara angkat sumpah jajwatan tersebut.

Sementara itu, di Taman Ambohijatovo di Antananarivo, kira-kira 300 rakyat berhimpun dalam demonstrasi yang menyifatkan rampasan kuasa oleh Rajoeline sebagai 'keganasan.' - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.