saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 23/03/2009

Pemilihan UMNO dan Fairus letak jawatan

MENJELANG Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung beberapa hari lagi sudah pasti pelbagai pandangan berkaitan dengannya menjadi topik pilihan di kalangan penulis blog minggu ini di samping isu peletakan jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Noor Hasilah Ismail (noorhasilahismail.blogspot.com) menulis rasa hormatnya terhadap sikap yang ditunjukkan oleh Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang menerima keputusan dilarang bertanding oleh Lembaga Disiplin dengan hati yang terbuka.

Tulis beliau, bagaimanapun tindak tanduk penyokong Ali mungkin akan menyebabkan rasa hormat itu hilang semula kerana tindakan mereka bertentangan dengan sikap Ali termasuk menyebarkan fitnah bahawa Muhyiddin mempunyai peranan menjatuhkan ketua mereka.

''Penyokong-penyokong Ali ini mungkin lupa atau tidak membaca surat khabar atau menonton TV.

Mereka tidak tahu atau tidak mahu menerima kenyataan bahawa Ali jatuh kerana tindakan penyokongnya sendiri," tulisnya.

Tambahnya, pemilihan pemimpin UMNO perlu dibuat dengan mengambil kira rekod pencapaian, berpengalaman, bersih di samping berkebolehan membantu bakal PM menangani kemelut krisis ekonomi dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti.

Datuk Seri Wong Chun Wai (chunwai08.blogspot.com) pada 21 Mac pula menjangkakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan tarikh peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan agung kali ini.

Tulis Ketua Pengarang The Star itu, Najib telah memenangi jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding dan apabila perhimpunan itu berakhir beliau sepatutnya menjadi Perdana Menteri keenam negara.

''Tetapi sehingga kini, belum ada pengumuman rasmi bilakah penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Najib," tulisnya.

Katanya, mesyuarat Kabinet Jumaat lepas juga tidak dimaklumkan sebarang tarikh walaupun ada spekulasi menyebut ia akan berlaku pada 2 April ini di mana kedua-dua pemimpin itu dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong dan sehari kemudian Najib dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru, kemudian disusuli pengumuman Kabinet baru.

''Ramai percaya Abdullah akan menggunakan Perhimpunan Agung UMNO sebagai platform untuk mengumumkan tarikh tersebut. Beliau akan berbuat demikian ketika menyampaikan ucapan terakhirnya sebagai Presiden UMNO," tulisnya.

Sementara itu, penulis Al-Azharri Siddiq Mamunri (jentayuabaka.com) pula menyentuh mengenai cadangan penubuhan kerajaan perpaduan Barisan Nasional (BN) dan Pas yang mendapat sokongan Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku Presiden Pas, walaupun ditentang oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Penulis cerpen itu menulis tindakan Abdul Hadi itu boleh menyebabkan beliau digantung keahlian parti jika nakhoda Pas dan pasukan erdogan di dalam parti itu.

''Ajakan Hadi yang disokong ulama lama dan Pemuda Pas tidak lain untuk perpaduan umat Islam dan orang Melayu di tanah air ini. Mereka sedar bersama DAP & PKR, perjuangan parti tidak ke mana.

''Membangun Bersama Islam, negara Islam, hudud dan sebagainya sangat mudah diimplimentasikan di dalam BN berbanding dalam pakatan pembangkang," tulis beliau.

Tulisnya, harus diingat bahawa DAP adalah tonggak pakatan pembangkang dan parti itu tidak akan bersetuju dengan negara Islam dan hudud tetapi jika ahli-ahli Parlimen UMNO dan Pas bersatu maka tidak sukar dasar Pas dilaksanakan dalam pentadbiran kerajaan.

''Maka perbezaan-perbezaan di antara ahli UMNO dan Pas dapatlah diperbaiki, kerana agamanya tidak pun berbeza. Yang berbeza hanyalah fahaman politik, caranya, pemikirannya," kata beliau.

Shamsul Yunos (marahku.blogspot.com) pula menyentuh tentang peletakan jawatan Mohammad Fairus yang tidak dipersoalkan, tidak dibantah malah tidak minta disiasat oleh pihak pembangkang seperti mana mereka desak jika ia libatkan pemimpin BN.

Katanya, jika Fairus terlibat dalam rasuah atau tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik kenapa ia ditutup rapi oleh Ketua Menteri Pulau Pinang atau penasihat partinya.

''Jadi, apa yang dilakukan jika Timbalan Ketua Menteri didapati bersalah terlibat rasuah dan menyalahgunakan kuasa dan tidak menjalankan tugas?

''Saya yakin beliau tidak akan didakwa di mahkamah, ketuanya tidak mahu beliau kelihatan seorang yang tidak baik dan pihak NGO seperti Gerak tidak menghantar petisyen atau membuat laporan polis terhadap Fairus," tulisnya.

Tulisnya, bagi pembangkang hanya BN yang harus membersihkan kekotoran di kalangan rakyat jika mahu kelihatan telus tetapi jika anak emas pemimpinnya seperti Fairus, mereka menutup rapi masalah tersebut.

Penulis yang menamakan dirinya Fazzrulls pula menulis tentang persiapan rangkaian penulis blog pembangkang yang bergabung di bawah Bloggers Network Malaysia kini sudah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya kecil tiga kawasan pada 7 April ini.

''Dari apa yang dilaporkan diblog Blogger Network persiapan yang diaturkan kali ini lagi tesusun dan buat julung-julung kalinya memaparkan gambar dan identiti mereka," tulisnya.

Susulan tersebut, penulis bertanyakan pula sejauh mana persiapan di pihak penulis blog penyokong kerajaan apakah telah melakukan perkara yang sama atau sebaliknya?

''Berita yang mana sahih, berita mana yang palsu, berita mana yang perlu disanggah, kedua-dua pihak perlu adil dan beretika dalam menyampaikan dan mengolahkan program pada pilihan raya kecil kali ini," tulisnya.

Kelolaan LUKMAN ISMAIL

[email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.