saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 24/03/2009

Penduduk Nyalas terpinggir


HUSIN Baba (terbaring) dibantu isterinya selepas hampir setahun terlantar sakit di rumahnya di Rumah Awam Nyalas, semalam.


JASIN 23 Mac - ''Kasihanilah pak cik, hampir setahun terlantar tidak boleh bergerak, mahu ke klinik ambil ubat, terpaksa ke Jasin atau Tangkak yang jauhnya lebih 30 kilometer dari rumah."

Begitulah rintihan seorang warga emas yang merupakan sebahagian daripada penduduk Nyalas, di sini yang sudah 50 tahun tidak pernah merasai kemudahan klinik kesihatan di kawasan itu.

Husin Baba, 69, antara 7,000 penduduk di sekitar kawasan tersebut yang saban hari mengharapkan kemudahan klinik kesihatan disediakan di tempat mereka bagi membolehkan penduduk mendapatkan bekalan perubatan terutama pada waktu kecemasan.

Lebih memeritkan buat Husin dan sebahagian besar penduduk Nyalas apabila kemudahan bas awam tidak beroperasi di kampung itu.

Penduduk mendakwa jika ada kelibat bas awam melalui kampung itu, ia hanya pada pukul 6 pagi dan 9 malam pada waktu berikutnya.

Husin yang tidak mampu bergerak akibat penyakit saraf sudah dua kali terlepas temu janji berjumpa doktor di Hospital Melaka (HM) memandangkan tiada pusat atau klinik perubatan di pekan Nyalas bagi membolehkan dia mendapatkan rawatan perubatan susulan.

''Waktu mula-mula sakit, saya terpaksa menyewa ambulans sebanyak RM600 untuk ke hospital terdekat iaitu di Tangkak dan perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar lagi jika ingin mendapatkan rawatan susulan di Hospital Melaka," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Rumah Awam Nyalas, di sini hari ini.

Akibat ketiadaan klinik kesihatan di pekan Nyalas dan sumber kewangan yang mencukupi, pesara syarikat swasta itu tidak mampu mendapatkan rawatan perubatan susulan terutama bekalan ubat bagi mengubati penyakit yang dialaminya.

Selain itu, menurut Hashim Mohd. Sood, 52, penduduk di situ sudah lama mengadukan masalah tersebut kepada wakil rakyat mereka, namun pihak berkenaan sekadar mendiamkan diri.

Menurut Hashim, beliau juga pernah mengemukakan masalah tersebut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui program Ramah Mesra Bersama PM pada Jun tahun lalu di Kuala Lumpur, namun masalah ketiadaan klinik kesihatan di situ masih gagal ditangani oleh pihak berkaitan.

''Cuba anda bayangkan jika sesuatu perkara kecemasan berlaku ke atas penduduk di sini dan memerlukan rawatan segera, di mana kami ingin pergi? Klinik kesihatan terdekat ialah di Simpang Bekoh dan Pekan Selandar yang jaraknya hampir 12 kilometer dari Nyalas.

''Bilangan penduduk di kawasan ini semakin bertambah malah bilangan murid dari dua sekolah kebangsaan di sini juga telah mencapai 600 orang, belum ditambah lagi dengan bilangan murid sekolah jenis kebangsan yang terdapat di kawasan ini," katanya.

Dengan nada kecewa, Hashim turut mempersoalkan mengenai pelbagai kemudahan kesihatan dan klinik perubatan yang terdapat di bandar misalnya Klinik Kesihatan Kota Cemerlang, Ayer Keroh dan pada masa yang sama, kemudahan tersebut turut disediakan di Peringgit malah berhampiran dengan HM.

''Kemudahan pengangkutan awam di kawasan bandar juga sempurna dan saya jamin, penduduk yang tinggal di bandar tidak menghadapi masalah dengan kemudahan bas awam jika dibandingkan dengan penduduk di Nyalas ini," katanya.

Menurutnya, penduduk pernah dimaklumkan tentang rancangan kerajaan negeri untuk membina sebuah klinik kesihatan di kawasan ladang kelapa sawit berdekatan Rumah Awam Nyalas namun sehingga kini kawasan yang dinyatakan hanya tinggal menjadi belukar.

Katanya, pernah berlaku kejadian seorang penduduk yang perlu mendapatkan rawatan perubatan dengan segera meninggal dunia dalam kereta sewa ketika dikejarkan ke Hospital Tangkak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.