saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 25/03/2009

Miliki bentuk badan idaman


Kelapan-lapan duta pada majlis The Supernal Secrets of S2 di The Carat Club, Pavilion, Kuala Lumpur.


MASALAH selulit, lemak dan buncit perut merupakan isu lama yang terpaksa ditangani kebanyakan wanita sama ada berusia awal 20-an, 30-an, 40-an malah sehingga ke peringkat usia emas.

Berita baiknya, ramai wanita mempunyai kesedaran untuk memperbaiki kesihatan fizikal dan mendapatkan bentuk badan ideal menerusi usaha bersenam mahupun menjalani rawatan pelangsingan yang selamat dan sesuai dengan kehendak mereka.

Terkini, industri pelangsingan giat mempromosikan kaedah bersifat semula jadi, bersih dan halal untuk para pelanggan termasuk S2 Slimming yang menawarkan lapan wanita peluang sekali dalam seumur hidup untuk mendapatkan bentuk badan ideal yang diimpikan selama ini.

Antaranya, jelitawan Anita Phang, 33, bekas ratu cantik yang pernah memenangi gelaran Miss Chinese International 1994, Mrs Malaysia 2003, Mrs Photogenic dan Mrs Slim & Beauty.

Isteri kepada bekas juara badminton negara, Cheah Soon Kit itu mengakui berat badannya meningkat selepas melahirkan anak bongsu mereka, Zhen Xuan (kini berusia 6 bulan).

''Tidak lama selepas mengikuti rawatan di S2, suami menyedari perubahan bentuk badan saya lebih langsing berbanding dahulu.

badan langsing

''Saya sendiri terkejut dan gembira dengan perubahan ini, apatah lagi pada usia sekarang, penting bagi saya mengekalkan tubuh badan langsing dan sihat agar kekal aktif sama ada dalam kerjaya mahupun menjadi ibu yang baik kepada anak-anak," kata ibu kepada dua anak ini.

Bagi Joann Yew, 21, hormon usia mudanya mengakibatkan berat badannya sering turun-naik dan gadis penghias majalah ini juga mengaku kuat makan terutamanya makanan manis.

''Oleh itu, rawatan Penyaliran Lemak Insani merupakan yang paling sesuai untuk meningkatkan kadar metabolisma saya tanpa pergantungan terhadap ubat atau peralatan menyakitkan.

''Kecuali teknik cubitan yang agak mengejutkan pada peringkat awal rawatan," ujar pemenang Miss Astro Chinese International Pageant 2007 itu.

Menurut personaliti televisyen, Yvonne Saw, 29, teknologi terbaru menurunkan berat badan itu amat bersesuaian dengan dirinya apatah lagi tidak perlu berdiet dan menahan selera makan.

Hasil rawatan berkenaan juga cukup memuaskan apabila Saw tidak lagi berasa kembung dan buncit seperti sebelumnya disebabkan kesan detok daripada kaedah urutan untuk membuang sisa toksin yang terperangkap dalam badan.

Mereka merupakan sebahagian duta S2 Slimming berusia antara 20 dan 40 tahun yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram selepas menjalani rawatan pelangsingan selama beberapa minggu.

S2 Slimming menawarkan rawatan pelangsingan semula jadi dari Hong Kong yang langsung tidak melibatkan sebarang peralatan, tetapi bergantung sepenuhnya kepada kemahiran dan kepakaran urutan tangan yang membantu menggerakkan lemak berlebihan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.