saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/03/2009

Tun Mahathir suntik semangat


BEKAS Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkata sesuatu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sambil diperhatikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan pemimpin tertinggi parti pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, kelmarin.


KUALA LUMPUR 29 Mac - Keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk kembali menyertai UMNO boleh memberi lonjakan semangat baru kepada ahli-ahli parti itu.

Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, langkah Dr. Mahathir itu dilihat akan mengembalikan semula ahli-ahlinya yang telah 'lari' daripada UMNO sebelum ini.

"Ini kerana Dr. Mahathir adalah ikon kepada rakyat terutama generasi muda.

"Mereka yang merasa sinis dan ragu dengan UMNO setelah apa yang berlaku sebelum ini mungkin akan mengubah sikap itu dan mengikut jejak Mahathir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai perkembangan terbaru yang berlaku di dalam UMNO apabila bekas Perdana Menteri itu secara mengejut hadir pada Perhimpunan Agung UMNO ke-59 semalam dan mengumumkan akan menyertai semula UMNO.

Mohamad Mustafa berkata, penyatuan antara dua bekas Presiden UMNO di pentas UMNO semalam juga merupakan permulaan baik buat parti keramat orang Melayu itu.

"Ini semua adalah respons positif yang akan membuka ruang kepada UMNO untuk kembali diyakini rakyat," katanya.

Mengulas mengenai perubahan yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, Mohamad Mustafa berkata, langkah segera itu membuktikan UMNO sedar kelemahannya sebelum ini dan tidak sanggup menunggu lama untuk berubah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.