saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 31/03/2009

Pertarungan bersejarah di Bukit Selambau

SUNGAI PETANI - Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau mempunyai keistimewaan tersendiri dan bakal diingati kerana menjadi DUN yang paling ramai calon bertanding dalam sejarah pilihan raya tanah air.

Terletak dalam Parlimen Merbok dengan seramai 35,140 pengundi, kerusi Bukit Selambau menjadi 'buruan' 15 calon yang telah disahkan bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebaik sahaja selesai proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Bukit Selambau di Dewan Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 di sini semalam.

Sebelum ini, paling ramai calon bertanding adalah sebanyak lapan orang, masing-masing di DUN Tanjong Kapor dan Sukau di Sabah pada Pilihan Raya Umum Ke-12 manakala di Semenanjung, paling banyak pun empat calon sahaja.

Mereka terdiri daripada calon Barisan Nasional (BN), Datuk S. Ganesan yang akan ditentang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar dan 13 calon Bebas, terdiri daripada R. Loganathan, Tan Hock Huat, Radzi Md. Lazim, Mohd. Fazil Abdul Wahab, Abdul Rahim Abu.

L. Sarala, A. Jayagopal, S. Moganakumar, Khamis Awang, Husaini Yaacob, M. Vanesan, Mejar (B) Anuar Abd. Hamid dan T. Chandrarajan.

Mengapa kali ini ramai bertanding, apakah keistimewaannya Bukit Selambau sehingga menarik minat ramai calon? Apakah kemenangan Bebas pada Pilihan Raya Umum Ke-12 menyebabkan keghairahan ramai untuk mencuba nasib atau kekecewaan terhadap pemilihan calon dalam BN dan PKR turut menjadi alasan?

Jelas sekali, penyertaan ramai calon pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau jelas mengundang banyak persoalan, apakah ia bakal memberi kelebihan undi kepada calon-calon Bebas berdasarkan senario pada masa kini?

Menurut Profesor Politik dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak, ini kerana kemenangan calon bebas, V. Arumugam di DUN Bukit Selambau pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu sebelum dia kemudiannya menyertai PKR berdasarkan pada senario berbeza.

Ini kerana kemenangan Bebas ketika itu disebabkan penolakan kertas penamaan calon parti PKR yang menyaksikan berlakunya pertarungan dua penjuru, antaranya dengan calon BN dan senario politik pada masa tersebut menyaksikan pengundi menolak BN berlandaskan isu-isu semasa.

''Tetapi apakah senario politik pada masa kini sebagaimana Pilihan Raya Umum Ke-12? Ini persoalan yang perlu difikirkan jawapannya dan ketika ini pula terlalu ramai calon Bebas bertanding," kata beliau.

Dari sudut lain, kata Prof. Dr. Mohamed Mustafa, profil calon Bebas di mata pengundi juga merupakan faktor yang diambil kira oleh pengundi di Bukit Selambau dalam erti kata lain, populariti mereka memainkan peranan penting.

''Saya percaya, jika calon Bebas terdiri daripada tokoh-tokoh dikenali ramai, mungkin calon tersebut mempunyai peluang cerah memenangi kerusi DUN Bukit Selambau berdasarkan personalitinya itu.

''Akhirnya, tumpuan akan kembali kepada pertarungan antara BN dengan PKR dengan kedua-dua parti berkenaan mempunyai peluang tetapi berdasarkan pada kempen atau kerja keras masing-masing.

''Kempen yang sudah bermula sekarang sebelum hari pengundian pada 7 April ini seharusnya digunakan sepenuhnya oleh parti-parti yang bertanding sekiranya mahu mengambil hati pengundi di Bukit Selambau," kata Prof. Dr. Mohamed Mustafa.

Walau apa alasan sekalipun, Pilihan Raya Kecil di Bukit Selambau tetap mencuri perhatian dan paling unik di negara ini. Soal siapa yang bakal menang, jawapannya ialah pada 7 April ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.