saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 01/04/2009

Jumaat yang barakah buat Najib...

(I)
BUKAN ramalan lagi, Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-6 Malaysia, pada pagi Jumaat, 3 April ini. Bagi orang Islam, ia adalah hari yang cukup barakah; penghulu segala hari untuk memulakan sebarang tugas dan pekerjaan. Kita berharap perjalanan kerjaya Najib demi agama, bangsa dan negara akan cemerlang.

Rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, latar belakang - kaya, miskin, korporat atau pemandu teksi - mahu melihat satu perubahan dan pembaharuan dari segi stail kepimpinan Najib.

Mereka mahu melihat saf Kabinet beliau akan diisi dengan pemimpin yang berwibawa, boleh bekerja, tekun, amanah dan yang paling utama - responsif kepada mereka, rakyat.

Rakyat meletak harapan yang besar kepada Najib. Rakyat mahu melihat Najib berpendirian tegas, membuat keputusannya sendiri - tanpa terlalu dipengaruhi oleh ‘orang-orang kelilingnya’.

Jangan ulangi lagi kesilapan silam. Rakyat tidak mahu ia berulang lagi. Contohilah cara ‘My Way’ Dr. Mahathir menguruskan pentadbirannya sendiri, walaupun orang menuduhnya kejam, kuku besi, maha firaun dan walaupun ada silap sana dan sini - tapi hakikatnya Tun berjaya meletakkan negara dan rakyat di landasan yang betul sehingga hari ini.

Cabarannya sekarang ialah bagaimana Najib mahu menentukan stail kepimpinannya?

Ujian sebenar Najib sudah hampir tiba. Sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah, ujian pertamanya ialah untuk membentuk saf Kabinet barunya. Kita berharap Najib akan memikirkan segala sudut dalam percaturannya, termasuklah menghindarkan amalan politiking yang sempit.

Mulai sekarang musuh politiknya sudah menjadi rakannya. Kombinasi lama dan baru amat diperlukan, walau pahit mana sekali pun. Najib harus meletakkan asas negara dan rakyat di tangga No. 1 melebihi segala-galanya.

Selepas saf Kabinet, Najib perlu memikirkan semula untuk memantapkan partinya UMNO dan BN. Barisan saf UMNO perlu disusun semula dengan memberikan satu wajah baru yang segar. Banyak kritik daripada pihak muda mengatakan UMNO sudah tua dan lesu.

Satu proses rejuvenasi, penyegaran semula perlu dilakukan segera ke atas parti berusia 63 tahun itu.

Tidak rugi jika Najib mulai memikirkan untuk meletakkan pemimpin-pemimpin muda sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO di seluruh negeri. Banyak muka fresh yang berada di dalam parti itu. Orang lama, janganlah berduka, sebaliknya bantulah tenaga muda ini melalui pengalaman bernilai mereka.

Lima orang Pengerusi Perhubungan UMNO yang kalah dalam pilihan raya Majlis Tertinggi UMNO minggu lalu perlu diganti. Begitu juga yang lainnya, walaupun mereka menang, juga boleh diganti baru. Berilah satu booster dalam kepimpinan UMNO negeri.

Jika mahu berubah, berubahlah betul-betul.

(II)
SAYA menerima secara eksklusif satu laporan analisis keputusan pemilihan jawatan Majlis Tertinggi UMNO yang baru berakhir hujung minggu lalu. Analisis yang dilakukan oleh sekumpulan pakar bebas itu cukup komprehensif. Dan penemuan mereka juga cukup memeranjatkan.

Saya hanya akan memetik kesimpulannya sahaja. Analisis itu berbunyi: ‘‘adalah diyakini, amalan PW (Politik Wang) akan terus ‘menguasai dan membudaya’ di kalangan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO di tahun-tahun yang akan datang serta seterusnya akan terus kuat menggugat usaha dan keupayaan barisan pimpinan UMNO yang berkelayakan, berkesanggupan, berpengetahuan dan berpengalaman luas, baru dan muda tetapi tidak mempunyai kemampuan materialistik dan kewangan untuk turut bertanding dan bersaing bagi menampilkan kemampuan serta mendapatkan kedudukan secara demokrasi, adil dan saksama.”

Menurut laporan analisis itu lagi: ‘‘…yakin dan mengetahui secara ‘sedar dan positif’ adalah lebih daripada separuh iaitu melebihi tahap 50% dari senarai calon berjaya dalam persaingan pemilihan ahli majlis tertinggi (AMT) ke-59 terlibat dan turut mencebur diri dalam amalan PW sekurang-kurangnya di tahap minimum dan berhemah yang telah terpaksa ‘diperalatkan’ sebagai strategi ‘terakhir dan ampuh’ untuk menjamin kejayaan terutamanya kejayaan cemerlang untuk memperolehi pencapaian ‘kedudukan dan urutan’ terbaik.”

Tambah laporan itu lagi: ‘‘…amalan PW telah berjaya memberikan hasil kejayaan cemerlang dan gemilang berbanding dengan kegemilangan rekod perkhidmatan, imej kepimpinan kebolehan peribadi dan kesediaan berkhidmat yang dipunyai dan diakui oleh barisan perwakilan dan juga ahli akar umbi UMNO sendiri.”

Renung-renungkanlah wahai orang UMNO sekelian. Datuk Seri Najib, tugas anda amat mencabar untuk tahun-tahun mendatang ini. Bersihkanlah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:59
Zohor 1:21
Asar 4:22
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.