saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/04/2009

Hang Mokhtar belum bersara

PENYANYI Hang Mokhtar memang popular dalam bidang seni suara tanah air pada tahun 1987 menerusi lagu seperti Ayoyo Sami. Lagu yang mengkritik secara sinis tentang isu pembayaran tol di lebuhraya itu masih diingati oleh ramai peminatnya sehingga kini.

Sejak 22 tahun lalu, Hang Mokhtar kurang mendapat publisiti daripada media massa hingga namanya seakan-akan tenggelam.

Bagaimanapun, nama penyanyi ini kembali timbul di persada seni tanah air gara-gara kesilapan gambar yang melapurkan penyanyi Goodman Brothers, Abang Mokhtar meninggal dunia tetapi gambar Hang Mokhtar yang menjadi hiasannya.

Menurut penyanyi berusia 61 tahun ini, walaupun kesilapan itu memberi kejutan kepada saudara mara dan rakan-rakannya namun beliau tidak berkecil hati sebaliknya menganggap itu lumrah pada nama yang hampir sama.

"Saya tidak kisah tentang perkara itu kerana maklumlah saya sudah lama tidak muncul dalam akhbar, majalah atau televisyen.

"Sebab itu mungkin ramai yang sudah lupa atau keliru. Saya lebih suka begini kerana apabila orang tidak kenal, saya mudah ke sana ke mari.

"Kalau ada yang masih ingat pun, ia hanyalah pada lagu-lagu nyanyian saya dan bukannya rupa saya. Bagi saya itu sudah memadai," kata Hang Mokhtar ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi Hang Mokhtar, walaupun tanpa publisiti minat bermain muzik, mencipta lagu dan menyanyi masih menebal dalam dirinya..

"Walaupun zaman kegemilangan saya sebagai penyanyi boleh dikatakan sudah berakhir tetapi saya masih minat lagi dengan bidang ini.

"Bagi memenuhi minat saya itu, saya masih bermain muzik, mencipta lagu dan menyanyi di majlis-majlis makan malam anjuran VIP.

"Susah untuk saya melupakan bidang yang telah saya ceburi sejak 1969. Selain mengisi masa lapang, ia juga mendatangkan pendapatan.

"Cuma ramai yang tidak tahu saya masih menyanyi di majlis-majlis tertutup," katanya ayah kepada tiga orang anak dan lima cucu ini.

Apatah lagi katanya, sejak sekian lama menyepi daripada publisiti, ramai yang seolah-olah menganggap dia sudah bersara..

Selain bermain muzik dan mencipta lagu, Hang Mokhtar juga dikenali oleh para peminatnya kerana berduet dengan ramai artis popular.

Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini misalnya, pernah berduet dengan Datin Orkid Abdullah, Zaiton Sameon dan Aspalela Abdullah.

Bagi meneruskan minat serta kesinambungannya sebagai penyanyi, Hang Mokhtar kini sibuk mempromosikan lagu-lagu ciptaannya.

Antara album yang sedang dipromosikannya berjudul Sepekan Di Tanjung Pinang yang menampilkan 15 buah lagu.

"Kesemua lagu dan lirik dalam album itu kebanyakannya saya cipta sendiri dan ia telah dirakamkan di studio mini di rumah saya.

"Saya pula menjualnya menerusi Internet. Harganya terpulang kepada para peminat saya. Ada yang membayarnya sehingga RM60.

"Selepas menduplikasikannya ke dalam CD (cakera padat) saya sendiri yang akan mengeposkannya. Ia eksklusif buat para peminat saya," katanya.

Lagu-lagu yang terdapat dalam album Sepekan Di Tanjung Pinang antaranya berjudul Siapa Tak Sayang Bini, Gelisah dan Lembaran Terakhir.

Selain merakam dan menjual album tersebut, beliau yang berpengalaman 30 tahun bermain di hotel turut mempromosikannya sendiri.

Hang Mokhtar atau nama sebenarnya Mohtar Ab. Latiff contohnya, mempromosikan lagu-lagu nyanyiannya menerusi radio Klasik Nasional.

Katanya, stesen radio milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu merupakan saluran yang paling banyak membantu mempromosikan album itu.

"Lagu nyanyian saya yang berjudul Bersua Suzana contohnya, banyak kali disiarkan melalui Klasik Nasional di mana ia mendapat sambutan ramai.

"Daripada situlah para pendengar termasuklah generasi baru mengenali saya. Kalau tidak, saya mungkin tidak akan mendapat peluang tersebut.

"Lagu itu yang berkonsepkan irama pop yeh-yeh sedikit sebanyak telah mengangkat semula populariti saya sebagai penyanyi," jelasnya.

Bapa kepada Mozard, Moziana dan Mozahina ini menampilkan pelbagai konsep lagu dalam album Sepekan Di Tanjung Pinang terbitannya itu.

Album terbitan Hang Mokhtar Production itu misalnya, mengetengahkan irama pop yeh-yeh, inang, zapin, country, blues dan keroncong.

Tambahnya, pendekatan itu diharap mampu memberi kepuasan serta memenuhi citarasa para peminat daripada pelbagai lapisan pendengar.

"Mungkin dengar cara itu saya bukan sahaja akan mengimbau nostalgia para peminat lama saya tetapi juga kalangan pendengar baru," katanya.

Hang Mokhtar yang kali terakhir muncul dengan album The Best of Hang Mokhtar pada 2006 berharap lagu-lagunya akan diterima seperti dulu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.