saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 03/04/2009

Dr. Noramly calon KP IAEA

KUALA LUMPUR 2 April – Kerajaan Malaysia menyokong pencalonan Pengerusi Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, Profesor Datuk Dr. Noramly Muslim untuk menyandang jawatan Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Malaysia akan mencalonkan Noramly untuk jawatan tersebut selepas Lembaga Gabenor IAEA gagal mempersetujui calon bagi menggantikan Mohamed ElBaradei pada pengundian minggu lepas.

“Benar, Profesor Dr. Noramly Muslim secara rasminya mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia (untuk jawatan tersebut),” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Maximus Ongkili kepada Reuters menerusi mesej telefon mudah alih hari ini, tanpa memberi keterangan lanjut.

Noramly yang telah menjalankan penyelidikan mengenai kesan teknologi nuklear di negara membangun pernah menjadi Timbalan Ketua Pengarah IAEA bagi kerjasama teknikal pada akhir 1980-an.

Beliau telah menyarankan supaya Malaysia mula menggunakan tenaga nuklear untuk menjana tenaga elektrik jauh lebih awal dari sasarannya pada 2020 kerana rizab minyak negara ini semakin berkurangan.

Sokongan Malaysia terhadap pencalonan Noramly itu dilaporkan selepas dua calon asal iaitu Abdul Samad Minty dari Afrika Selatan dan Yukiya Amano dari Jepun dilihat tidak mendapat sokongan cukup luas untuk menggantikan Elbaradei.

Ketua Pengarah IAEA dari Mesir itu dijadual menamatkan perkhidmatannya pada November ini.

Pengerusi Lembaga Gabenor, Algeria mempelawa pencalonan baru dikemukakan dalam tempoh empat minggu sebelum satu lagi pengundian diadakan pada Mei ini, disusuli dengan mesyuarat lembaga itu pada bulan berikutnya.

Delegasi mahu mengelakkan perbalahan berlarutan berhubung pengganti Elbaradei memandangkan banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Terdapat hasrat untuk memilih calon yang boleh dipersetujui secara konsensus kerana jawatan berkenaan melibatkan mandat untuk menjaga keselamatan nuklear dan kerana perpecahan telah berlaku di kalangan negara anggota.

Ketua Pengarah IAEA menyelia sebuah badan pemeriksa yang cuba mengesan dan menghalang sebarang kegiatan tersembunyi untuk menyalurkan program tenaga nuklear kepada pembinaan bom atom, selain untuk menggalakkan penggunaan tenaga atom bagi tujuan awam, selaras dengan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).

Beliau juga menulis laporan yang bersifat teknikal tetapi mempunyai implikasi politik mengenai siasatan IAEA berhubung aktiviti yang didakwa bertujuan untuk membina senjata nuklear.

Iran dan Syria menjadi fokus siasatan IAEA buat masa ini. – Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.