saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 03/04/2009

Tanggungjawab berat Perdana Menteri baru

SEJARAH peralihan kuasa Perdana Menteri oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Razak telah dikupas oleh beberapa penulis blog sejak beberapa hari lalu.

Zabidi Saidi (memobelakang.blogspot.com) dalam tulisannya menulis panjang lebar mengenai sejarah politik Abdullah, mulai beliau memegang jawatan dalam UMNO dan Kabinet sehinggalah beliau melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Dalam satu perenggan, beliau menulis, pada 31 Oktober 2003, Abdullah menjadi Perdana Menteri yang baru dan pada tahun 2004 beliau disahkan sebagai Presiden UMNO yang baru.

"Selepas pilihan raya umum 2008, BN gagal mempertahankan kerusi dua pertiga di Parlimen. Ini menyebabkan ramai yang mendesak Pak Lah berundur.

"Dan pada 26 Mac lalu beliau menyerahkan jawatan Presiden UMNO yang baru kepada Najib yang menang tanpa bertanding dan pada 3 April ini beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri yang baru kepada Najib," tulisnya.

Zabidi menulis, Abdullah telah mencadangkan supaya dihadkan jawatan Presiden UMNO dan beliau hanya sempat menjadi presiden parti selama satu penggal lebih sahaja.

"Maka yang sebaik-baiknya setiap orang menjadi Presiden UMNO selama tiga penggal sahaja. Dua penggal (enam tahun) mungkin tidak cukup bagi seorang Presiden UMNO merancang untuk UMNO. Maka tiga penggal sudah memadai untuk seorang Presiden UMNO berkhidmat," tulis beliau.

Penulis, Syed Imran dalam blognya, kudaranggi.blogspot.com menulis, setiap orang mampu melenyapkan permusuhan dengan merenung apa yang akan diperolehi jika memenanginya.

"Adakah manfaat yang diperolehi atau kepuasan hawa nafsu berlandaskan perasaan hasad dan dengki?" tulisnya.

Tulisnya, biarkanlah Abdullah dan isteri menikmati sisa-sisa hidup dalam suasana aman, damai dan penuh dengan ketenangan.

"Pak Lah dah buat apa yang didesak dan diminta. Sama-samalah kita menghormatinya," tulis beliau.

Sementara itu, Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri (www.jentayuabaka.com) pada 2 April pula mengaitkan peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib dengan impian Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tulis beliau: "Majlis perpisahan dengan Abdullah esok (semalam) dan majlis serah tugas jawatan PM di Putrajaya sekali gus menamatkan mimpi Anwar dalam Projek 916-nya bernilai entah berapa RM itu.

"Bagi penulis, tiada masalah Anwar menjadi Ketua Pembangkang seumur hidup kerana ia akan menjadi check and balance dalam negara," tulis beliau.

Yang pasti, tulis beliau, kesediaan Tun Dr. Mahathir Mohamad berkempen di Bukit Gantang menandakan kembalinya semula sokongan rakyat kepada UMNO.

A. Kadir Jasin (www.akadirjasin.com) pada 2 April juga mengulas mengenai peralihan kuasa antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Beliau menulis, dengan suasana ekonomi dunia yang sangat muram dan ramalan ekonomi Malaysia yang negatif, tugas dan tanggungjawab Najid sangat berat.

"Tidak seperti Abdullah yang mengambil alih ketika ekonomi teguh dan politik negara stabil, Najib mewarisi ekonomi yang lemah dan politik yang kucar-kacir," tulisnya.

A. Kadir berkata, sekiranya Perdana Menteri keenam itu berjaya menstabilkan keadaan ekonomi, mengurangkan kesan kemelesetan ke atas rakyat jelata dan mengembalikan kewarasan politik, beliau akan dikenang sebagai penyelamat.

"Tidak ada Perdana Menteri sebelum ini yang mengambil alih pemerintahan dalam suasana yang serba tidak kena seperti yang akan terbeban di atas bahu Najib.

"Yang pasti setiap gerak-geri, tindak-tanduk dan amalan Najib akan diteliti, dianalisis dan diadili, khasnya dalam pemilihan anggota kabinetnya nanti," tulis beliau.

Kelolaan LUKMAN ISMAIL

[email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.