saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/04/2009

Simpati untuk Talentime


SYAFIE Naswip (tengah) bersama Mahesh Jugal Kishor dan Howard Hon Kahoe yang mewarnai filem Talentime.


PAPA terkedu dan termenung seketika apabila memikirkan nasib filem Talentime yang khabarnya tidak mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan.

Nak kata filem ini mendapat ulasan yang tidak begitu baik sehingga mampu mempengaruhi minda penonton dan peminat filem Melayu, tak boleh juga.

Ini kerana rata-rata ramai yang memuji filem ini dan Talentime juga disifatkan sebagai karya terbaik Yasmin Ahmad.

Papa terkejut apabila mendengar kutipan filem Talentime yang sehingga kini belum pun mencecah RM500,000.

Sayang seribu kali sayang apabila sebuah karya baik seperti Talentime perlu berdepan dengan situasi yang tidak menggembirakan seperti ini.

Ada yang kata filem ini tidak laku adalah kerana barisan pelakon baru yang mewarnai filem ini selain daripada Talentime dikatakan sebagai sebuah filem yang bukan mass market.

Mungkin juga ia berpunca kepada senario ekonomi kini yang tidak memberangsangkan. Tetapi, kalau Papa perhatikan di panggung-panggung wayang, tak pernah putus dengan pengunjung. Masih lagi ramai yang meluangkan masa menonton filem di pawagam.

Apalah salahnya luangkan masa untuk menonton filem kita sendiri. Papa faham ramai yang ada tanggapan skeptikal terhadap filem tempatan tetapi bukan semua filem kita teruk.

Sementara masih ada masa ini, apa kata luangkan masa anda menonton Talentime yang Papa percaya tidak akan merugikan wang anda kerana inilah filem Malaysia yang dicari selama ini.

Apa pun, Papa percaya, Yasmin seorang yang optimis dan yakin dengan kerjaya seninya walaupun filem-filemnya sering kali dikritik serta kurang mendapat sambutan.

Dengar cerita, Yasmin sudah pun ada projek filem terbaru dengan Primeworks Studios Sdn. Bhd. Filem apalah agaknya ya? Tak sabarlah Papa.

Adakah seorang personaliti TV yang membuat kemunculan istimewa dalam Talentime akan diundang semula untuk filem ini? Sama-sama kita nantikan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.