saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 09/04/2009

Polis kuasai semula Parlimen

CHISINAU, Moldova 8 April - Polis rusuhan Moldova menawan semula pejabat Presiden dan Parlimen awal hari ini selepas dua bangunan itu digeledah sekumpulan penunjuk perasaan yang mendakwa pilihan raya Parlimen dimanipulasi.

Seorang wartawan AP memberitahu, dia melihat kira-kira 100 polis rusuhan mengepung bangunan tersebut awal hari ini.

Penunjuk perasaan menggempur kedua-dua bangunan itu semalam, membakar perabot dan menghumban komputer ke luar tingkap serta mencuri peralatan elektronik. Polis semalam membiarkan bangunan tersebut dikuasai penunjuk perasaan.

Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Ala Meleca, polis menahan 193 orang termasuk lapan remaja bawah umur atas dakwaan 'bertindak ganas dan merompak' ekoran bantahan terhadap kemenangan parti pemerintah, Parti Komunis pada pilihan raya hujung minggu lalu.

Beliau berkata, lapan yang ditahan ialah remaja bawah umur. Sebahagian mereka didakwa mencuri barangan di kedai-kedai di sini ketika kekacauan itu berlarutan hingga malam.

Presiden Vladimir Voronin semalam, menuduh parti pembangkang pro Eropah sebagai dalang di sebalik bantahan itu yang menyaksikan lebih 50 orang cedera.

Parti Komunis pimpinannya, yang telah memerintah sejak 2001, menang kira-kira 50 peratus undi pada pilihan raya Ahad lalu.

Penunjuk perasaan pada mulanya berhimpun awal pagi ini dalam satu tunjuk perasaan aman.

Pihak berkuasa membersihkan jalan-jalan yang dipenuhi serpihan komputer yang pecah dan kerusi rosak dari Parlimen. Mereka turut membersihkan dokumen-dokumen yang terbakar serta serpihan kaca.

Semua tingkap di enam tingkat pertama bangunan Parlimen itu dipecahkan, sementara sebahagian tingkap di tingkat lebih atas di bangunan setinggi 11 tingkat itu turut pecah.

Kekacauan itu bermula semalam, selepas sekurang-kurangnya 10,000 penunjuk perasan berkumpul di luar bangunan Parlimen, menuntut pilihan raya baru diadakan. Mereka turut melaungkan 'Jatuhlah Komunis' dan 'Kebebasan, kebebasan'.

Kumpulan penunjuk perasaan itu yang kebanyakannya disertai golongan muda yang membawa bendera Kesatuan Eropah (EU), Moldova dan Romania, turut merempuh pasukan polis.

Voronin dalam satu siaran stesen televisyen berkata, bantahan itu telah dirancang, tanpa menyatakan siapakah perancangnya.

Dalam satu kenyataan yang dibacakan pemberita televisyen Moldova, Voronin menyifatkan parti-parti pembangkang sebagai 'orang fasis' yang mahu merosakkan demokrasi dan kebebasan di Moldova.

Katanya, pihak berkuasa dengan tegas akan mempertahankan pilihan demokratik rakyat.

Sementara itu, pemerhati antarabangsa berkata, pilihan raya itu adil, namun Datuk Bandar Chisinau, Dorin Chirtoaca berkata, ramai orang mengundi lebih dari sekali. - AP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.