saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/04/2009

Kerjasama sulung Utusan, IB


Jay Jay (dari kiri), Saharudin Musthafa, Mohamed Juhari, Rahim Othman dan Ali Bakar pada majlis menandatangani MoU kerjasama penganjuran Konsert untukmu Ibu di Istana Budaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


DITUBUHKAN pada 1974, lagu-lagu dendangan Black Dog Bone seperti Khayalan, Hatiku Luka Lagi dan Ku Cari Penawar Luka, sehingga kini masih menjadi siulan kalangan peminatnya.

Dianggotai Izzar, Jatt, Masron, Hamid, James dan Michael, awalnya, mereka hanyalah penghibur di kelab-kelab malam di Singapura, Hong Kong, Taiwan serta Filipina.

Empat tahun bersama, akhirnya bakat seni mereka mula mendapat perhatian pada 1978 yang membawa kepada peluang untuk merakamkan album sulung berjudul Sindir-Sindir Sayang di Singapura.

Namun hayat Izzar, Jatt, Masron, Hamid, James serta Michael bersama Black Dog Bone tidak berpanjangan.

Semuanya kerana masing-masing membuat keputusan untuk membawa haluan sendiri ketika nama berada di kemuncak pada 1981.

Perpecahan Black Dog Bone bermula dengan Izzar yang ketika itu mahu menumpukan sepenuhnya kepada kerja-kerja sebagai pencipta lagu dan penerbit.

Jatt pula mengambil keputusan untuk bergerak secara solo. Ia sedikit sebanyak menabur rasa kecewa di kalangan peminat Black Dog Bone kerana kumpulan itu telah mencetuskan fenomena sepanjang penglibatan mereka di dalam dunia hiburan.

Bagaimanapun, selepas hampir 30 tahun berlalu, fenomena tersebut sebenarnya masih bertahan hingga detik ini.

Kekuatan

Kekuatan yang ada pada nama Black Dog Bone membuatkan lagu-lagu mereka laris untuk dirakamkan semula baik nyanyian asal mahupun dinyanyikan oleh artis lain.

Justeru, atas dasar keunggulan yang masih ada pada kumpulan tersebut, Utusan Melayu (M) Bhd., dan Istana Budaya (IB) menjalin kerjasama untuk membawa Black Dog Bone ke pentas budaya bertaraf dunia di Istana Budaya menerusi Konsert Untukmu Ibu - Black Dog Bone pada 8 hingga 10 Mei ini.

Konsert yang bakal berlangsung pada pukul 8.30 malam di Panggung Sari sempena Hari Ibu itu melibatkan syarikat Box Office selaku penganjur bersama manakala Sinar FM bertindak sebagai radio rasmi.

Menariknya, konsert selama dua jam setengah itu turut menampilkan Jay Jay yang pernah menganggotai kumpulan Carefree satu ketika dahulu dan juga komposer terkenal serta juara program Bakat TV anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1972, Rahim Othman.

Konsert menghargai jasa ibu ini akan diiringi Orkestra Simfoni Kebangsaan dengan tiket dijual pada harga RM65, RM85, RM155 dan RM205.

Oleh yang demikian, sempena dengan kerjasama yang terjalin antara Utusan Melayu, Istana Budaya dan Box Office, satu majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) diadakan di Bilik Seri Nilam, Istana Budaya, petang Isnin lalu.

Utusan Melayu diwakili Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak, manakala bagi pihak Istana Budaya, dokumen perjanjian ditandatangani Ketua Pengarahnya, Mohamed Juhari Shaarani dengan disaksikan Pengarah Urusan Box Office, Ali Bakar serta Pengarang Hiburan Utusan Malaysia, Saharudin Musthafa.

Hadir sama, Pengurus Program Sinar FM, Rostam Said dan sebagai radio rasmi, stesen yang terkenal dengan tagline Muzik Retro Terbaik itu telah pun menjalankan kerja-kerja promosi termasuk memutarkan lagu-lagu Black Dog Bone.

Pastinya membangkitkan semula nostalgia era 70-an, Ali yang juga pengarah konsert ketika ditemui pada majlis tersebut berkata, Konsert Untukmu Ibu itu bukan sahaja untuk menghargai jasa dan peranan ibu tetapi pada masa sama, ia sebagai menghormati jasa pemuzik-pemuzik terdahulu.

Jelasnya, kepada mereka yang membesar dengan lagu-lagu Black Dog Bone dan Jay Jay sewaktu solo mahupun bersama Carefree, ini adalah masa untuk menyaksikan persembahan mereka di samping menghiburkan ibu pada hari istimewa itu.

"Saya diberitahu bahawa Black Dog Bone sudah pun menjalankan latihan di Singapura dan mereka sememangnya sudah tidak sabar untuk bertandang ke IB.

"Jay Jay akan mendendangkan lagu-lagu hits Carefree dan lagu terbarunya nanti. Bagi Rahim Othman, bekas anggota Carefree ini juga akan menunjukkan kebolehannya bermain flute untuk lagu khas kepada kaum ibu iaitu Untukmu Ibu. Lagu ini adalah ciptaan beliau sendiri yang dipopularkan oleh Exist.

"Sempena Hari Ibu, Black Dog Bone juga akan mendendangkan sebuah lagu berjudul Untuk Ibu,'' katanya.

Menurutnya, selain berhibur pihak penganjur tidak lupa untuk membantu golongan yang memerlukan dengan setiap RM1 daripada hasil jualan tiket konsert akan disumbangkan kepada persatuan kebajikan pilihan Kumpulan Utusan.

"Nama pun hari ibu dan kita mencadangkan Kumpulan Utusan supaya memilih untuk menyalurkan sumbangan itu kepada persatuan ibu-ibu tunggal,'' ujarnya.

Ditanya tentang Carefree yang sepatutnya bergabung semula tetapi kemudiannya menarik diri dalam konsert tersebut, Ali berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Jay Jay.

"Carefree mempunyai masalah tersendiri dan kita hormati keputusan mereka. Justeru, kita menampilkan Jay Jay seorang diri sahaja di atas pentas nanti bersama Rahim Othman.

"Saya anggap tidak ada rezeki kami untuk membawa semula Carefree di pentas hiburan. Mungkin peluang kami akan ada pada konsert-konsert mendatang.

"Tetapi saya yakin Black Dog Bone, Jay Jay dan Rahim Othman sudah cukup kuat untuk menarik khalayak penonton nanti. Mereka juga ada lagu hits masing-masing,'' katanya.

Sementara itu, Mohamed Juhari berkata, konsert terbabit dianjurkan atas wujudnya permintaan daripada orang ramai khususnya untuk meraikan kaum ibu.

Selain membawa artis kegemaran mereka, jelasnya, ia juga mempunyai pelbagai matlamat termasuk mempopularkan Orkestra Simfoni Kebangsaan.

"Ini juga adalah pertama kali IB mempunyai media rasmi sepanjang 10 tahun beroperasi. Kerjasama dengan Utusan Melayu akan diteruskan pada masa mendatang termasuk Sinar FM,'' tambahnya.

Dalam pada itu, tiket-tiket menyaksikan Konsert Untukmu Ibu - Black Dog Bone bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan, Jay Jay dan Rahim Othman ini telah mula dijual.

Tempahan tiket boleh dilakukan melalui www.ticket2u.biz atau hubungi 03-4149 8600.

Tiket juga boleh didapati di kaunter Box Office, Istana Budaya dan maklumat mengenai tiket serta konsert boleh juga didapati dengan melayari www.istanabudaya.gov.my atau talian 03-4026 5558.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.