saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 11/04/2009

Najib berlepas pulang dari Pattaya

11/04/2009 7:46pm

PATTAYA 11 April Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas pulang ke tanah air selepas memendekkan lawatannya ekoran pembatalan Sidang Kemuncak Asean ke-14 serta lain-lain sidang kemuncak yang berkaitan.

Delegasi Perdana Menteri yang turut termasuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas ke Lapangan terbang Utapao, kira-kira 30 minit perjalanan dari Royal Cliff Grand & Spa Hotel, pada pukul 3.30 petang.

Delegasi Perdana Menteri itu berlepas ke lapangan terbang dengan diiringi oleh kawalan ketat, dan jet kerajaan yang membawa Perdana Menteri berlepas pada pukul 5 petang.

Turut bersama dalam delegasi Perdana Menteri itu ialah Menteri Luar yang baru dilantik Datuk Anifah Aman serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed.

Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva berada di lapangan terbang itu untuk mengucapkan selamat jalan kepada Najib. Turut berada di lapangan terbang ialah Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa dan Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Husni Zai Yaakob.

Sidang Kemuncak itu dibatalkan selepas penyokong Perdana Menteri yang ditumbangkan Thaksin Shinawatra menyerbu venue mesyuarat di Pattaya Exhibition and Convention Hall (Peach), mereka sebelum berhimpun di Royal Cliff Grand Hotel & Spa, tempat penginapan kebanyakkan pemimpin negara-negara Asean, termasuk Najib.

Terdahulu pemimpin-pemimpin dari Korea Selatan, Singapura dan Vietnam berlepas lebih awal dari Najib di lapangan terbang itu.

Sejak 26 Mac lepas beberapa demonstrasi diadakan di Bangkok bagi meningkatkan tekanan terhadap Abhisit Vejjajiva supaya beliau meletak jawatan.

BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.