saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/04/2009

Amy nafi sertai Pas, hanya hadiri majlis parti


NIK Aziz Nik Mat bersalam dengan Amy Search pada Majlis Perhimpunan Belia sempena sambutan Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 11 April - Ikon rock negara, Amy Search menafikan menyertai Pas walaupun mengakui sering menghadiri majlis anjuran parti pembangkang itu.

Beliau berkata, pada masa ini tidak timbul soal beliau menyertai mana-mana parti politik kerana tujuan utamanya ialah berdakwah terutama kepada golongan muda.

Menurut Amy atau nama sebenar Suhaimi Abd Rahman, sehingga kini beliau belum memutuskan menyertai mana-mana parti politik dan mahu kekal sebagai 'neutral' dengan tidak berpihak kepada mana-mana.

"Tidak, saya belum menyertai Pas walaupun berasa satu penghormatan dan berasa berbesar hati kerana dijemput ke sini dan duduk di sebelah tok guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).

"Saya masih bersifat neutral tidak sertai mana-mana parti. Kehadiran saya ke sini sekadar memenuhi undangan untuk mengadakan persembahan.

"Apa yang berlaku selepas ini adakah ketentuan-Nya namun saya perlu berfikir lagi semasak-masaknya kerana ia akan mempengaruhi peminat setia saya. Bagaimanapun saya akui, memang peminat tok guru (Nik Aziz) namun belum lagi memutuskan menyertai Pas," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Belia sempena sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda Pas Kelantan di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd. Zain Ramli, penyanyi utama kumpulan Arrow telah menyampaikan beberapa buah lagu popular mereka.

Amy menambah, kehadirannya atas dasar profesional dan berharap tidak dikaitkan dengan apa-apa isu kerana sebagai artis ia satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan seorang pemimpin.

"Saya akui pernah bertemu secara formal dan tidak formal dengan tok guru (Nik Aziz) sebelum ini, namun kedatangan kali ini sebagai artis jemputan dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana parti," ujarnya.

Sementara itu, Nik Aziz menyerahkan kepada pertimbangan penyanyi itu sendiri sama ada mahu menyertai Pas atau sebaliknya.

Bagaimanapun, beliau mengaku mudah tersentuh hati sehingga menitiskan air mata setiap kali menatap wajah penyanyi itu apatah lagi mendengar alunan suaranya yang sejak akhir-akhir ini sering menyanyikan lagu-lagu berunsur ketuhanan.

"Apabila melihat persembahan Amy, melihat wajahnya dan mendengar lagu-lagunya saya menangis tetapi ramai orang tidak sedar. Saya menangis kerana apabila artis rock menyanyikan lagu ketuhanan ia sekali gus menolak tanggapan negatif terhadap mereka seperti dadah, perempuan dan maksiat.

"Saya kagum dan gembira kerana melalui suara, makhluk Allah berupaya memanfaatkannya ke jalan Allah dan menyampaikannya kepada masyarakat," katanya.

Tambahnya, bagi menyampaikan mesej keislaman masyarakat tidak perlu bergantung kepada golongan ulama dan tok guru semata-mata kerana penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama.

"Kumpulan artis juga mempunyai tanggungjawab menegakkan Islam melalui acuan masing-masing. Misalnya apabila mereka berkarya, selit-selitkan bait ketuhanan kepada khalayak," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.