saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 12/04/2009

Heli bawa keluar pemimpin

PATTAYA 11 April - Tentera menggunakan helikopter untuk membawa keluar pemimpin-pemimpin asing dari bandar peranginan ini hari ini selepas penunjuk perasaan antikerajaan bertindak ganas sehingga memaksa kerajaan Thailand membatalkan Sidang Kemuncak ASEAN yang sedang berlangsung, di sini.

Jurugambar AFP berkata, Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva merupakan pemimpin yang pertama tiba di lapangan terbang tentera, U-Tapao diikuti oleh Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung dan Myanmar, Thein Sein.

Sementara itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual berlepas pulang ke Malaysia dari Pattaya pada kira-kira pukul 3.30 petang, waktu tempatan.

Presiden Filipina, Gloria Arroyo pula menggunakan helikopter awam dari bumbung hotel mewah tempat sidang kemuncak diadakan untuk meninggalkan tempat tersebut.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd yang dalam penerbangan menghadiri sidang kemuncak tersebut telah berpatah balik.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang baru tiba di lapangan terbang tentera, U-Tapao kembali segera ke Indonesia.

Pemimpin lain termasuk Perdana Menteri China, Wen Jiaboa, Presiden Korea Selatan, Lee Myung-bak dan Perdana Menteri Jepun, Taro Aso masih berada di hotel penginapan mereka di Pattaya ekoran sekatan jalan raya yang diadakan oleh kumpulan protes menyebabkan mereka terperangkap.

"Mereka masih berada di hotel di Pattaya dan kami sedang menunggu arahan daripada kerajaan untuk membawa mereka keluar," kata pegawai polis yang enggan dikenali.

Pemimpin ASEAN yang lain termasuklah Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. - AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.