saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 12/04/2009

Berilah kami kepercayaan




Pada 13 April 2008, Mingguan Malaysia menyiarkan wawancara bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu adalah seorang Naib Presiden UMNO.

Kenyataan Muhyiddin yang secara lantang dan tegas meminta supaya perubahan dilakukan oleh UMNO dan kerajaan jika tidak mahu ditolak rakyat berikutan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 telah memungkinkan senario politik di dalam parti dan kerajaan berubah.

Hasilnya, UMNO dan negara mendapat kepimpinan baru manakala Muhyiddin sendiri diberi kepercayaan apabila dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Semalam, selepas setahun berlalu, wartawan Mingguan Malaysia, ZIN MAHMUD dan ZULKIFLEE BAKAR serta jurugambar, ZAKKI JILAN bersemuka sekali lagi dengan Muhyiddin, tetapi kali ini beliau bercakap dalam suasana dan kedudukan berbeza. Malaysia baru sahaja mendapat Perdana Menteri baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Muhyiddin kini adalah Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun bagi Muhyiddin, perubahan itu bukanlah suatu kejayaan yang harus diraikan biarpun ia satu kebanggaan, sebaliknya kedudukan yang diperolehi kini adalah satu amanah dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebaik-baiknya.

‘‘Bagi saya, apa juga saya lakukan ia bersandarkan kepada nawaitu bahawa ini adalah demi bangsa, agama dan negara,’’ kata Muhyiddin.

Dalam pertemuan di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur itu juga, Muhyiddin mengupas pelbagai isu termasuk soal pembentukan Kabinet, pilihan raya kecil di tiga kawasan baru-baru ini dan kepentingan orang Melayu bersatu.

MINGGUAN: Apa perasaan Tan Sri, apabila kini menduduki jawatan kedua tertinggi dalam parti dan kerajaan?

MUHYIDDIN: Bagi saya, ia adalah suatu yang membanggakan selepas mendapat kepercayaan Perdana Menteri dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Walaupun ia juga satu penghormatan tetapi bagi saya ia adalah satu amanah dan tanggungjawab yang berat tetapi saya amat sedar perkara itu dan insya-Allah akan berusaha melaksanakannya sebaik mungkin.

Tan Sri juga menempuh suka duka dalam perjalanan politik, apa falsafah Tan Sri dalam menempuh semua itu?

MUHYIDDIN: Sejak dulu lagi saya bersandarkan kepada nawaitu atau niat yang baik kerana bagi saya, ini semua adalah satu ibadah, pengorbanan dan perjuangan dalam rangka untuk membela nasib bangsa, agama dan negara. Dalam kedudukan yang sebegini tinggi, saya berpendapat ini adalah satu kesempatan untuk saya cuba melaksanakan apa yang terbaik untuk rakyat.

Dulu biasanya kita bercita-cita tetapi sekarang ini kita diletakkan pada satu kedudukan yang boleh dikatakan tinggi yang tidak saya impikan dan ia satu peluang bagi saya cuba lakukan apa yang baik untuk bangsa Melayu dan umat Islam dalam konteks negara dan seluruh rakyat Malaysia.

Oleh itu saya melihat segala-galanya sebagai satu tuntutan yang kita kena laksanakan dan sempurnakan serta meletakkan ia dalam satu tahap yang bukan sahaja excellence tetapi par excellence, saya biasa meletakkan begitu kerana apabila kita hendak melakukan sesuatu biarlah dengan terbaik, berdasarkan niat yang ikhlas dan jujur, kemudiannya kita tahu ini adalah satu ibadah yang akan mendapat pahala tetapi niat mesti betul, itu yang saya pegang selama ini.

Ramai berpendapat bahawa Tan Sri tidak akan berada di tahap sekarang, kalau Tan Sri tidak bersuara lantang menuntut perubahan dilakukan di dalam parti dan kerajaan.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.