saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 13/04/2009

Undi minoriti, Kabinet dan Satu Malaysia

ISU-ISU berkaitan hasil keputusan tiga pilihan raya kecil, barisan Kabinet baru dan gagasan Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Datuk Seri Najib Razak adalah antara topik pilihan penulis blog beberapa hari ini.

Kamarulzaman Kamdias (kkamdias.blogspot.com) mengulas tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia semalam mengenai pengundi bukan Melayu yang juga undi minoriti tetapi menjadi penentu pada pilihan raya.

Beliau menegaskan, selagi undi majoriti di tangan orang Melayu kekal terbahagi dua, selagi itulah undi minoriti akan terus menjadi kuasa penentu.

"Bila tiada parti di kalangan orang Melayu yang mendapat sokongan 70 peratus Melayu, maka kuasa penentu akan jatuh kepada bukan Melayu.

"Apabila itu berlaku, keadaannya samalah seperti sewaktu British menjajah Tanah Melayu. Ia bebas menentukan siapa raja yang harus naik dan turun takhta."

Katanya, pada pilihan raya umum ke-13 nanti, kuasa penentu tersebut akan berlagak seperti penjajah melalui proses demokrasi untuk menentukan siapa yang harus memimpin negara. Sudah pasti, orang yang sesuai menjadi boneka mereka akan dipilih.

Aziz Hassan (azizhassan.blogspot.com) pada 10 April menulis, pilihan raya kecil di Bukit Gantang menyaksikan perbezaan bentuk kempen dan kerjasama antara parti komponen Barisan Nasional (BN) berbanding pakatan pembangkang.

"UMNO memerlukan pemikir dan pakar strategi yang lebih baik. Ibu pejabat parti perlu dirombak, strategi dan tema kempen perlukan pembaharuan.

"Bagi saya, inilah isu yang perlu diberikan perhatian oleh UMNO iaitu reformasi ke atas diri sendiri. UMNO perlu ada orang yang dapat menyelidik dari semua sudut. Perancangan rapi untuk apa yang perlu dan tidak perlu mesti dilakukan pada setiap pilihan raya," tulisnya.

Mengenai barisan Kabinet baru, A. Kadir Jasin (akadirjasin.com) pada Jumaat lalu menulis, ia 'menarik' apabila mengambil kira apa yang tersurat dan tersirat dalam pengumuman Perdana Menteri.

Antara yang menarik ialah ada watak tertentu yang tidak dipertimbangkan untuk dilantik, termasuk mereka yang akrab dengan Najib tetapi dianggap bermasalah, pelantikan semula mereka yang pada jangkaan umum perlu digugurkan manakala pesalah politik wang tidak dilantik.

"PM nampak terdesak untuk penuhi 'kuota' parti komponen dan Wanita. Komponen yang tidak berjaya pada pilihan raya sebenarnya tidak berhak menuntut diberi layanan serupa," tulis beliau.

Katanya, parti komponen BN tidak boleh menjadi 'talam dua muka' dengan terus menuntut kuota walaupun mereka tidak cemerlang dan ditolak oleh kaum mereka tetapi tetap menuntut meritokrasi.

Al-Azharri Siddiq Kamunri (jentayuabaka.com) pula menyentuh mengenai pelantikan tokoh Sabah dalam Kabinet itu.

"Apa yang diharapkan oleh rakyat Sabah tercapai apabila menteri kanan diberikan kepada Datuk (Seri) Shafie Apdal. Inilah masanya lebuh raya enam lorong atau sekurang-kurangnya empat lorong dibina merentasi Tawau-Kota Kinabalu, bukannya dua lorong seperti sejak 30 tahun lalu."

Katanya, semua wakil rakyat Sabah perlu menggunakan penggal ini untuk menaikkan taraf kemudahan luar bandar.

Ruhanie Ahmad (kuda-kepang.blogspot.com) semalam pula menyentuh mengenai gagasan Satu Malaysia.

"Konsep sosio politik yang berteraskan cita-cita untuk membina satu era baru di Malaysia menerusi transformasi besar ini bermatlamat untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat," tulisnya.

Kata beliau, rakyat juga perlu menyumbangkan daya usaha mereka bagi membantu kepimpinan Najib menterjemahkan konsep tersebut menjadi dasar perjuangan nasional yang efektif dan bermanfaat.

Penulis Munsyi Abdullah (malaysiaaktif.com) membuat ulasan mengenai beberapa akhbar bukan Melayu yang mentafsirkan Satu Malaysia sama dengan konsep 'Malaysian Malaysia' yang dibawa oleh DAP.

Katanya, tafsiran itu tidak berasaskan kepada semangat Perlembagaan, tetapi atas sentimen perkauman yang tidak kunjung padam.

"Inilah senario kebebasan media yang disaksikan oleh negara sejak 2004 sehingga membawa kepada keruntuhan keharmonian dan kestabilan negara,'' tulisnya.

Katanya, tentunya fahaman beberapa akhbar terbabit bahawa kebebasan itu adalah dalam konteks konsep Malaysian Malaysia yang menjadi tema dan warna perjuangan mereka dalam euphoria kebebasan baru tanpa mengambil kira perasaan peribumi.

Kelolaan LUKMAN ISMAIL

[email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.