saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 13/04/2009

Medan Ikan Bakar Fort Supai dirasmi Jumaat

ALOR GAJAH 12 April - Medan Ikan Bakar Terapung Fort Supai di Kuala Linggi dekat sini akan menjadi produk pelancongan terbaru daerah ini apabila dirasmikan Jumaat ini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Nordin Ali berkata, majlis perasmian medan ikan bakar yang bernilai hampir RM5 juta itu dijangka akan disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Menurutnya, kerja-kerja pembaikan kerosakan pada beberapa beberapa kemudahan medan ikan bakar itu dimulakan sejak awal Januari lalu dan sudah hampir siap sepenuhnya.

"Bekalan elektrik dan air semua sudah selesai, cuma ada beberapa kemudahan seperti tandas dan meja yang dirosakkan segelintir individu tidak bertanggung jawab yang perlu kita perbaiki.

"Bila siap kelak, medan ikan bakar ini akan menjadi tarikan pelancongan terbaru daerah ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika melakukan lawatan ke tapak medan selera tersebut di sini hari ini.

Mohd. Ali sebelum ini melahirkan rasa kecewa apabila pembinaan Medan Ikan Bakar Terapung Fort Supai yang sepatutnya siap pada September lalu gagal beroperasi mengikut jadual.

Sehubungan itu, beliau meminta MPAG menumpukan perhatian untuk terus menyiapkan projek medan ikan bakar terapung di Melaka Barat itu yang menjadi medan ikan bakar terapung yang ke dua bagi negeri Melaka.

Di bahagian Melaka Timur, medan ikan bakar terapung pertama terletak di Umbai, Serkam.

Nordin menambah, apabila siap kelak, Medan Ikan Bakar Terapung Fort Supai akan memuatkan dua gerai ikan bakar, dua gerai cenderamata dan ruang siar kaki atas air serta pelantar memancing.

"Kedua-dua unit kedai ikan bakar ini akan boleh memuatkan seramai 200 hingga 300 orang pelanggan pada satu-satu masa.

"Kita telah menemui kedua-dua pengusaha kedai ikan bakar Melayu itu dan mereka juga bersetuju memulakan operasi secepat mungkin sebelum perasmian Jumaat ini," katanya.

Tambah beliau, dengan adanya medan ikan bakar terapung itu, beliau yakin, Alor Gajah menerima lebih ramai kemasukan pelancong dari dalam dan luar negara.

"Apatah lagi, medan ikan bakar ini terletak di Jalan Kuala Linggi yang menjadi satu-satunya jalan utama memasuki Melaka dari arah Kuala Lumpur.

"Saya yakin, ia juga akan memberi peluang baik kepada penduduk setempat untuk meningkatkan ekonomi mereka," katanya.

Antara tarikan lain di Medan Ikan Bakar Terapung Fort Supai ialah, ia turut disambungkan dengan pelantar berjalan kaki menuju ke lokasi bersejarah kota pertahanan Belanda di atas Bukit Supai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.