saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 14/04/2009

Jangan putar belit kenyataan saya - Muhyiddin

14/04/2009 4:56pm

PUTRAJAYA 14 April — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta media tidak memutarbelitkan kenyataannya mengenai kemerosotan sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak baru-baru ini.

“Janganlah sengaja nak membangkitkan isu untuk orang marah saya, (kononnya) sebagai TPM, (saya) tidak menghargai sumbangan masyarakat Cina. Pernah ke kita kata begitu?” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat daripada pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menerima nota serah tugas sebagai Menteri Pelajaran daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri.

MCA dan Gerakan dilaporkan melahirkan rasa tidak senang dengan kenyataan beliau bahawa kemerosotan sokongan masyarakat Cina seolah-olah menunjukkan bahawa masyarakat Cina tidak menghargai apa yang BN telah lakukan untuk mereka.

Muhyiddin berkata beliau telah bercakap dengan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat yang menyatakan bahawa tidak ada apa-apa yang salah dengan kenyataannya itu.

“Saya rasa akhbar bahasa Cina tersalah lapor, sehingga saya dipandang serong oleh masyarakat Cina. Itu adalah sesuatu yang serius,” katanya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.