saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 18/04/2009

Kapal selam pertama tiba 25 Julai


ABDUL Aziz Zainal (kiri) dan Abdul Aziz Jaafar menunjukkan album Kumpulan Koir Suara Warisan (Koswa) TLDM bertajuk Satu Malaysia di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 17 April - Kapal selam pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman akan tiba di Pusat Hidrografi Nasional di Pelabuhan Klang dari Perancis pada 25 Julai ini

Sehubungan itu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjemput orang ramai hadir bagi sama-sama meraikan detik bersejarah itu.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan berkenan berangkat meraikan sambutan ketibaan itu.

Menurut Abdul Aziz, selepas tiba di situ untuk beberapa hari, kapal selam tersebut akan belayar ke Pangkalan TLDM Lumut, Perak, sebelum menyertai perbarisan kapal-kapal antarabangsa pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi Disember ini.

Selepas itu, katanya, kapal selam jenis Scorpene itu akan pulang ke pangkalan penugasan di Teluk Sepanggar, yang bakal dikenali dengan nama Pangkalan Kapal Selam TLDM Kota Kinabalu, Sabah.

''Para pegawai dan anggota (KD Tunku Abdul Rahman) perlu kembali ke Lumut untuk bertemu ahli keluarga yang menetap di sana selepas beberapa tahun berlatih di Perancis, sebelum meneruskan penugasan dalam kapal berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada wawancara khas sempena Sambutan Jubli Intan TLDM tahun ini di Kementerian Pertahanan di sini.

Kepada satu soalan, katanya, TLDM akan melakukan ujian pada sistem-sistem kapal selam berkenaan di kawasan laut suhu sederhana dan juga kawasan perairan beriklim tropika.

''Ujian di dua jenis perairan ini perlu dilakukan bagi memastikan kapal selam tersebut berupaya menjalankan operasi sebenar.

''Bagaimanapun saya tidak boleh mendedahkan sama ada ia akan menjalankan ujian penembakan sebenar ataupun secara simulasi,'' katanya.

Terdahulu Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tan Sri Abdul Aziz Zainal melancarkan album pertama Kumpulan Koir Suara Warisan (Koswa) TLDM bertajuk Satu Malaysia dan logo khas Sambutan Jubli Intan perkhidmatan tersebut.

Abdul Aziz menjelaskan, album itu dituju khas buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengutarakan konsep 'Satu Malaysia' dengan cogan kata 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' baru-baru ini.

Katanya, konsep itu selari dengan iltizam TLDM yang sentiasa berhasrat menjadi sebuah pasukan cemerlang, selain tanggungjawab mengawal keselamatan perairan negara.

Album yang memuatkan 10 buah lagu patriotik berkonsepkan jazz, pop, balada serta irama Malaysia itu merupakan hasil kerjasama TLDM dengan komposer terkenal tanah air, Datuk Wah Idris.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.