saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/04/2009

Zambry dahului penerima darjah kebesaran Sultan Perak

IPOH 18 April - Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir mengetuai senarai 802 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Ke-81 yang akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, esok.

Zambry dikurniakan Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima anugerah sama ialah Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Kong Cho Ha dan Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Diraja, Datuk Dr. Abdullah Fadzil Che Wan.

Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Datuk Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Sulaiman Abdullah pula dikurniakan Darjah Seri Panglima Taming Sari (SPTS), membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Baginda juga berkenan mengurniakan Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk kepada Exco kanan kerajaan negeri, Hamidah Osman dan Duta Malaysia ke Ireland, Raja Nazrin Raja Aznam.

Sementara itu, 33 lagi akan menerima anugerah Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerimanya ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam, Dr. Mah Hang Soon; Datuk Bandar Ipoh, Roshidi Hashim; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kenering, Mohd. Tarmizi Idris; dan ADUN Rungkup, Sha'arani Mohamad.

Sementara itu, beberapa petugas media di negeri ini turut mendapat penghargaan Sultan Perak apabila terpilih sebagai penerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP).

Wartawan Utusan Malaysia di biro Perak, Angelina Sinyang pula menjadi penerima Pingat Pekerti Terpilih (PPT).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.