saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 19/04/2009

Putera Raja Muda Perlis dimasyhurkan

KANGAR 18 April - Putera Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah hari ini dimasyhurkan dengan nama Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Upacara pemasyhuran 'ikat nama putera' sebagai pewaris takhta negeri Perlis itu diadakan di Balairung Seri, Istana Arau di sini dengan penuh adat istiadat diraja.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid turut berkenan berangkat pada majlis tersebut.

Pada pemasyhuran itu, majlis akikah, cukur rambut dan tahnik (belah mulut) turut dilakukan mengikut sunah.

Nama putera Raja Muda Perlis dan Raja Puan Muda Perlis itu bermaksud pemimpin yang mengikuti petunjuk agama secara mendalam dan bijaksana.

Majlis itu turut dihadiri kerabat diraja, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan isteri, wakil-wakil rakyat, ketua-ketua dan pegawai kanan jabatan kerajaan.

Ahad lalu, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah melahirkan seorang putera sulung seberat 3.4 kilogram pada pukul 10.13 pagi di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Sebelum ini pasangan diraja tersebut dikurniakan dua puteri iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah pada 10 Februari 1995 di Kuala Lumpur dan Sharifah Farah Adriana pada 4 Mac 2001 di Zollikerberg, Switzerland.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.