saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/04/2009

Black Dog Bone janji kehebatan




PERASAAN saya bercampur baur. Rasa terharu dan sedih. Terharu kerana dapat membuat persembahan berprestij di Malaysia. Sedih pula kerana Carefree tak dapat bersama kami pada malam itu nanti,” demikian ungkap Jatt ketika ditemui baru-baru ini.

Memang ada benarnya. Nama Black Dog Bone sendiri sudahpun wujud selama hampir 40 tahun dalam bidang seni. Carefree pula sudah mencecah 30 tahun dalam industri muzik.

Sudah pasti inilah masa yang paling sesuai untuk mereka kembali bergabung dan mengubat kerinduan peminat selama ini.

Bagi Jatt, tidak ada apa yang hendak dikesalkan kerana Black Dog Bone sendiri tidak mahu menjadikan masalah tersebut sebagai halangan lantas menghampakan peminat yang selama ini tidak pernah melupakan mereka. Setelah berpecah pada tahun 1980, kesemua ahli kumpulan Black Dog Bone terus membawa haluan masing-masing. Tetapi masih lagi bermain muzik di kelab-kelab di Singapura.

Bagi yang masih ingat pada awal kemunculan Black Dog Bone, lagu Si Gadis Ayu dah Khayalan begitu memuncak. Ini menyebabkan nama Black Dog Bone meledak naik dan menjadikan ini antara kumpulan popular pada waktu itu selain kumpulan D’Lloyd.

S. Atan adalah orang yang bertanggungjawab menaikkan nama Black Dog Bone sehingga menjadi popular. S. Atan juga bertindak sebagai penerbit kepada kesemua album dan mencipta banyak lagu-lagu popular sehingga kumpulan Black Dog Bone terkenal di mata dunia.

Kali ini, walaupun bukan lagi di bawah bimbingan S. Atan, Black Dog Bone tetap mahu memberikan persembahan yang bertenaga dan mantap sekalipun kesemua ahli kumpulan mereka sudah berusia lebih separuh abad.

“Setelah mendapat undangan membuat persembahan tersebut, memang kami telah melakukan latihan yang bersungguh-sungguh. Ini bukan persembahan biasa. Semuanya kena sempurna. Tambahan pula ada di antara ahli kumpulan kita yang sudah lama tidak bermain muzik seperti saksofon. Jadi, terpaksalah kami mula berlatih lebih kerap sejak bulan lalu.

“Paling penting kami mahu menyajikan satu persembahan yang paling menarik dan akan dikenang oleh peminat sampai bila-bila,” ujar Jatt ketika hadir ke Studio Utusan baru-baru ini.

Kunjungan mereka selama dua hari ke Kuala Lumpur semata-mata mahu menghadiri sidang media dan fotografi bersama Kumpulan Utusan sememangnya wajar diberi pujian. Mungkin tidak ramai artis yang sanggup mengembara sejauh itu sekadar untuk bertemu dengan wartawan.

Pada konsert tersebut, Black Dog Bone akan mempersembahkan 26 buah lagu terpilih bersama-sama dengan Jay Jay dan Rahim Othman serta diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK).

Ternyata peluang untuk melakukan persembahan bersama OSK menjadikan mereka semakin bersemangat dan mahu melakukan kejutan kepada peminat yang hadir nanti.

“Seronok apabila dapat bekerjasama dengan OSK. Walaupun kami sendiri masih belum pasti corak persembahan itu nanti, kami tetap berharap agar tidak banyak perubahan dari segi muzik yang akan dilakukan oleh mereka.

“Kalau boleh kami mahu lagu-lagu yang dimainkan masih sama seperti dahulu. Ini bukan sahaja mengembalikan memori indah peminat, malah turut sama dapat menilai kemampuan setiap ahli Black Dog Bone.

“Inilah masa untuk kami menonjolkan kemampuan. Kalau gagal konsert pada malam itu, maka gagallah juga Black Dog Bone,” kata Jatt.

Mengimbas kenangan lalu, mereka tidak dapat melupakan peristiwa ketika mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1977.

“Cuba bayangkan hampir 50, 000 peminat datang menggegarkan stadium pada masa itu. Mula-mula kita sendiri tak menjangkakan akan seramai itu. Bila kita mula buat sound check, masa itu peminat memang datang dan membeli tiket.

“Menggigil satu badan apabila melihat peminat Black Dog Bone seramai itu. Tapi bila dah mula bermain muzik dan menyanyi, perasaan gementar hilang dan kami sendiri teruja membuat persembahan.

Meniti hari demi hari, pelbagai kejayaan yang diperoleh oleh kumpulan ini. Paling diingati apabila mereka ditawarkan kontrak merakamkan album di Belanda pada tahun 1978.

Impian setiap ahli kumpulan berkecai apabila syarikat rakaman mereka EMI Singapura tidak mengizinkan untuk meneruskan rakaman tersebut kerana pelbagai faktor. Dek kerana itu juga kenangan itu masih lagi berbekas di hati walaupun sudah 31 tahun dilewati.

Apabila ditanya adakah mereka akan melakukan konsert di Singapura, setiap ahli kumpulan buntu untuk memberikan jawapan. Bagi mereka jika masih ada lagi peluang sebegitu, mereka lebih suka membuat persembahan di Johor kerana khalayak di sini lebih menghargai Black Dog Bone daripada di tempat sendiri.

Bagi mereka yang ingin turut serta dalam konsert pada Black Dog Bone pada 8,9 dan 10 Mei ini boleh mendapatkan tiket yang berharga RM65, RU85, RM 155 dan RM205 yang sudah dijual. Tempahan tiket-tiket boleh dilakukan melalui laman web www.ticket2u.biz atau menghubungi 03-41498600 untuk maklumat lanjut.

Konsert ini dianjurkan oleh Istana Budaya sempena Hari Ibu dan dikendalikan oleh Box Office. Kumpulan Utusan menjadi media rasmi konsert ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.