saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/04/2009

Minta Majlis Raja-Raja Melayu buat ketetapan

ALOR SETAR 20 April - Persatuan Kerabat Diraja Kedah meminta Majlis Raja-Raja membuat satu ketetapan untuk menyeru rakyat supaya kembali kepada budaya asal yang menghormati institusi kesultanan di negara ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata, perkara itu perlu dilakukan dengan segera memandangkan semakin banyak pihak yang memandang remeh soal menghormati raja-raja yang menjadi simbol kekuatan negara ini.

"Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sendiri sudah menegur tindakan kumpulan politik yang cuba menghasut rakyat untuk mencemar institusi diraja.

"Oleh itu, Majlis Raja-Raja tidak boleh berdiam diri dan segera bertindak untuk memastikan rakyat negara ini sentiasa memberi sokongan kepada institusi kesultanan negara ini," katanya ketika ditemui di Istana Kuning di sini hari ini.

Menurut beliau, keadaan yang berlaku sekarang amat membimbangkan dan pihaknya khuatir apa yang berlaku di Perak boleh menular ke negeri-negeri lain seperti Kedah.

"Dulu pun kita ada masalah seperti ini, namun keadaan ini lebih teruk sekarang.

"Ini kerana ada pihak tertentu yang seolah-olah mengajar golongan muda supaya jangan menghormati institusi beraja di negara ini," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.